in

Ina Naim Tunai Hasrat Arwah Suami Buka Kedai Dobi, Minta Jangan Ungkit Kisah Lama

Ina Naim Mesin Basuh Dobi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Balu kepada penyanyi Allahyarham Suhaimi Saad iaitu Ina Naim mendedahkan bahawa dia kini telah menjalankan perniagaan dobi secara kecil-kecilan.

Ina atau nama sebenarnya Nordiana Mohd. Naim, 40, meminta agar tiada lagi yang mengungkit dan memerli dirinya untuk membeli mesin basuh untuk mencuci pakaian.


Katanya menerusi satu sesi live baru-baru ini, perkhidmatan dobi yang dibuka di kampungnya di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor, merupakan hasrat arwah suaminya.

Artikel berkaitan: “Sebenarnya bukan tiada mesin basuh tapi” – Pernah Dikecam, Ina Naim Dedah Kisah Sebenar

Artikel berkaitan: “Bila bangun tu senyum je” – Ina Naim Kongsi Pernah Bermimpi Tentang Arwah Suami, Wajah Bersih & Bercahaya

“Selain berniaga kopi, sabun dan koko, alhamdulillah Allah izinkan saya tidak perlu pergi ke dobi. Saya sendiri sudah membuka dobi. Jadi jangan tanya mesin basuh mana.

“Ini mesin basuh banyak. Selepas ini jangan tanya lagi. Jangan cakap suami saya tidak beli mesin basuh, tidak beli itu, tidak beli ini. Saya sekarang sudah buka dobi di kampung.

“Sejak 2009 lagi awah memang sudah bercita-cita untuk membuka kedai dobi di kampung ini,” katanya.

136809173 433066627839423 3848761311423867468 N 1024X1024 1

Guna duit royalti sebagai modal

Menurut Ina, duit royalti Allahyarham Suhaimi yang diterima telah digunakan sebagai modal untuk membuka perniagaan tersebut.

“Duit royalti arwah saya tidak guna sewenang-wenang untuk berseronok. Tetapi saya membuka dobi kerana duit itu akan sentiasa berkembang.

“Saya membuka dobi ini selepas arwah meninggal, alhamdulillah rezeki tidak putus terutamanya ketika musim hujan.

“Ada sahaja orang hantar baju termasuk pihak masjid yang menghantar sejadah dan telekung. Ada juga sekolah yang menghantar alas meja guru dan langsir untuk dibasuh,” katanya.

Allahyarham Suhaimi meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru akibat jangkitan kuman di paru-paru pada November tahun lalu.

Ketika hayatnya, Suhaimi pernah memberitahu rumahnya tidak mempunyai mesin basuh bagi kegunaan harian dan tindakannya itu telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.