Disangkakan semalam adalah penghujung untuk isu pergolakan antara Syamsul Yusof dan isteri pertamanya Puteri Sarah untuk bercerai dengan cara baik di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan setelah mencapai kata sepakat sebelum ini.
Namun begitu, rupanya Syamsul Yusof tak jadi lafaz cerai dan isu mereka kembali menjadi hangat apabila Syamsul Yusof ada mendakwa bahawa Puteri Sarah ada tukar perjanjian saat akhir.
Susulan dengan kenyataan tersebut, Puteri Sarah menerusi IG Story miliknya semalam ada buat satu pendedahan yang mungkin membuatkan ramai orang tergamam.
Ada video tak senonoh, gambar berdua sebelum kahwin?
Seperti yang kita sedia maklum, alasan yang diberikan oleh Syamsul Yusof adalah kerana Puteri Sarah menukar perjanjian saat akhir dengan meminta sejumlah amaun yang banyak.
Bahkan, dia juga menjelaskan bahawa Puteri Sarah minta dirinya tarik balik nusyuz yang mendakwa ada hubungan dengan suami orang, dan bagi Syamsul itu bukan lah satu isu kerana dia boleh lakukannya. Tetapi, dia juga meminta agar kes mengenai isteri keduanya, Ira Kazar ditarik balik.
https://www.instagram.com/p/CrK-gcHAIiJ/
Berikutan dengan kenyataan tersebut, Puteri Sarah memberi respon pada setiap perincian yang diberikan oleh Syamsul Yusof menerusi IG Story miliknya malam tadi.
“Kalau saya failkan nusyuz terhadap awak tunjuk video tak senonoh awak dengan Ira, gambar tak senonoh awak berdua sebelum kahwin rasanya lagi teruk kot. Dengan Ira mengaku dekat JAWI persetubuhan luar nikah, siapa yang nusyuz?”
Berkenaan dengan isu minta wang berlebihan, Puteri Sarah menjelaskan bahawa dia sudah membincangkan hal ini dengan ibu Syamsul Yusof berkenaan dengan nafkah yang tertunggak bersama mutaah.
Malah, Puteri Sarah juga menegaskan bahawa dia tidak menuntut harta sepencarian selain menjelaskan bahawa jumlah yang diminta itu adalah dalam kemampuannya.
Malah, Puteri Sarah juga berani untuk membawa hal nusyuz ini dibawa ke mahkamah dan tak perlu tarik balik.
Dalam pada itu, Puteri Sarah turut mendedahkan perbualannya dengan Syamsul Yusof, dalam perbualan tersebut, Puteri Sarah bertegas bahawa dia boleh berbaik dengan Syamsul Yusof tapi bukan dengan pihak lain.
Perkongsian daripada Puteri Sarah ini mendapat perhatian netizen dan mendapat sokongan moral sehinggakan meraih daripada 3,600 jumlah retweets dalam masa 12 jam. Bahkan ada juga yang memuji dengan keberanian dan hati kental Puteri Sarah untuk mempertahankan hak nya.
Baca : “Kalau ikut perjanjian awal patutnya dah selesai dah” – Syamsul Yusof Dedah Sebab Tak Jadi Cerai