in

Idola Korea & Selebriti Tempatan Meriahkan Pelancaran Serum Terbaru NIVEA, Kulit ‘Glowing’ Dalam Masa 3 Hari!

collage 16

Bila tengok wajah selebriti yang sentiasa nampak flawless depan kamera buatkan kita pun impikan kulit glowing, sekata dan sihat. Ramai yang tak tahu, benda ni sebenarnya tak mustahil dan tak perlu pun rawatan mahal atau rutin yang rumit.

Mana tidaknya, dengan inovasi terkini, NIVEA memperkenalkan LUMINOUS630 Skin Glow Serum, produk yang dirumus khas untuk memberikan kulit berseri persis idola.

Bagi meraikan pelancaran ini, NIVEA telah menganjurkan acara eksklusif di Sunway Pyramid pada 28 hingga 31 Ogos 2025 yang lalu. Acara tersebut dimeriahkan dengan ruang pameran berinspirasikan cahaya, booth interaktif, pentas demo dan paling best sesi bersama selebriti.

Apa kata selebriti tentang LUMINOUS630 Skin Glow Serum ni?

Thiamidol – bahan pencerah yang dipatenkan

DSC08428

Pelakon dan penyanyi Korea, Lee Jun Young mengakui bahawa serum ini memenuhi keperluannya yang ringkas tapi berkesan.

Walaupun saya penat atau sibuk dengan jadual yang padat, saya tetap meluangkan masa untuk penjagaan kulit. Saya suka produk yang bertekstur ringan, cepat meresap dan membuatkan kulit nampak segar.”

Kelebihan yang disebut oleh Lee datang dari kombinasi Thiamidol, Niacinamide dan Aloe Vera dalam Skin Glow Serum. Thiamidol adalah bahan pencerah yang terbukti 60 kali lebih berkesan daripada Vitamin C, Niacinamide membantu mengecilkan pori, mengawal minyak berlebihan dan meratakan tona kulit. Sementara, Aloe Vera memberi kelembapan segera serta mengekalkan kesegaran kulit sepanjang hari. Teksturnya yang ringan memastikan serum cepat meresap tanpa rasa melekit.

Teknik layering dengan rangkaian LUMINOUS630

DSC08728

Pelakon dan model Mimi Lana percaya kepada kekuatan layering untuk mendapatkan hasil glowing yang maksimum.

Saya mulakan dengan Liquid Refiner bagi tujuan mengeksfoliasi kulit secara lembut dan mempersiapkannya agar dapat menyerap langkah seterusnya dengan sempurna. Kemudian saya mengamalkan LUMINOUS630 Skin Glow Serum – kombinasi ini nyata meningkatkan keserian bagi kulit saya dengan secara luar biasa! Kemudian, saya menggunakan pula LUMINOUS630 Anti-Spot Serum bagi membantu mencegah bintik-bintik hitam. Rutin ringkas ini buat kulit saya kekal bersih, berseri dan sentiasa bersedia di hadapan lensa kamera.”

Rutin yang dikongsi Mimi menunjukkan bagaimana rangkaian LUMINOUS630 berfungsi bersama. Liquid Refiner menanggalkan sel kulit mati dengan lembut supaya serum lebih mudah meresap. Skin Glow Serum pula menambah keserian dengan gabungan Thiamidol®, Niacinamide dan Aloe Vera, manakala Anti-Spot Serum membantu mengurangkan bintik hitam. Bila digunakan bersama, kulit jadi lebih licin, bersih dan berseri sepanjang hari.

Diperkaya dengan ramuan rahsia: Thiamidol®

Sementara pelakon jelita, Zahirah Macwilson mengatakan yang beliau dah lama setia dengan Anti-Spot-Serum dan sangat teruja dengan kehadiran Skin Glow Serum.

Saya dah lama percaya pada keberkesanan LUMINOUS630 Anti-Spot Serum dalam mengekalkan kulit bebas cela, tapi Skin Glow Serum yang baharu ini benar-benar mengejutkan saya, tahap keserian kulit meningkat secara serta-merta. Sekarang saya guna kedua-duanya untuk satu gabungan yang sempurna, menjadikan kulit lebih licin dan berseri.”

Kalau korang nak tahu, kesan serta-merta yang disebut oleh Zahirah ni datang dari Thiamidol®, bahan aktif yang dipatenkan selepas lebih 10 tahun kajian. Thiamidol menyasarkan punca penghasilan melanin berlebih yang menyebabkan bintik hitam. Jadi, bila melanin terkawal, tona kulit jadi lebih sekata sekaligus meningkatkan keserian dengan cepat.

Malah, hasil klinikal menunjukkan bahawa dalam masa 3 hari je kulit boleh nampak lebih glowing dan rata, lepas 14 hari pula, bintik hitam mula berkurang dengan ketara.

Rahsia untuk dapat kulit berseri macam idola

NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow Serum

Kehebatan LUMINOUS630 Skin Glow Serum datang daripada gabungan Thiamidol®, Niacinamide dan Aloe Vera. Thiamidol® membantu mengurangkan bintik hitam hingga ke punca, Niacinamide mengecilkan pori serta meratakan tona kulit, manakala Aloe Vera menambah hidrasi mendalam untuk kesegaran semula jadi sepanjang hari.

Gabungan tiga ramuan utama ini memberi hasil glowing menyeluruh yang boleh dilihat dan dirasai. Hasilnya, kulit lebih sekata, pori tampak halus, hidrasi terjaga dan seri muka lebih menyerlah. Inilah rahsia sebenar kenapa serum ini jadi pilihan selebriti dan idola.

Cara penggunaan step by step untuk hasil maksimum

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Suffila Aida 🌸 (@suffilaaida)

Untuk rutin yang lengkap, korang boleh mula dengan Cleansing Foam untuk membersihkan wajah. Seterusnya gunakan Liquid Refiner bagi eksfoliasi lembut yang membantu kulit lebih bersedia menerima serum. Kemudian boleh sapukan Skin Glow Serum dengan ratakan 2-3 titis ke seluruh wajah sebelum memakai pelembap dan sunscreen.

Pada waktu malam pula, korang boleh tambahkan Anti-Spot Serum di kawasan bermasalah untuk menghalang bintik hitam sebelum pakai pelembap pada wajah. Dengan rutin mudah ni, kulit korang akan cepat bersinar dan tahan lama.

Rangkaian LUMINOUS630 untuk rutin lengkap

Photo 2 4.jpg

Selain Skin Glow Serum, rangkaian LUMINOUS630 turut menawarkan Liquid Refiner, Anti-Spot Serum dan Cleansing Foam. Produk-produk ini dicipta untuk saling melengkapi, memastikan penjagaan kulit yang menyeluruh dari pembersihan hinggalah rawatan intensif.

Rangkaian penuh kini boleh didapati secara eksklusif di Watsons seluruh negara dan laman web rasmi NIVEA.

Dengan formulasi saintifik yang terbukti, testimoni selebriti dan sambutan hangat di Sunway Pyramid, NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow Serum jelas muncul sebagai inovasi baharu yang memberi definisi sebenar kepada glowing skin. Kini semua orang boleh alami kulit berseri, sekata dan penuh keyakinan — barulah dapat glow like an idol.