in

Idea Tercetus Ketika Di Makkah, Tyzo Bakal Menjadi Penyampai IKIM FM 11 Mac Ini

Ft Tyzo Ikim

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Spekulasi hala tuju Tyzo selepas kemelut dengan bekas stesen khidmatnya, Suria FM akhirnya terjawab, Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zolqarnain mengumumkan bahawa dia akan memulakan tugasnya sebagai penyampai radio di IKIM FM mulai 11 Mac ini.

Jelasnya, peluang bersama stesen tersebut diharapkan dapat menampilkan kelainan meskipun Ikim FM lebih dikenali dengan kandungan berbentuk keislaman.


Artikel berkaitan : “Biarlah gambar berbicara” – Tyzo Dedah Carta Rating Segmen di Radio Suria FM

Artikel berkaitan : “Boleh diambil tindakan” – Suria FM Minta Hentikan Isu Tyzo, Jelas Punca Kontrak Tak Disambung

Hatinya terbuka untuk terima tawaran di stesen radio itu selepas pulang mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah baru-baru ini.

“Walaupun mengetengahkan genre berbeza daripada stesen radio pernah saya bekerja sebelum ini tetapi pengalaman 21 tahun di konti memberi keyakinan untuk buat lebih baik.”

Screenshot 2024 03 04 175159

“Ketika di Makkah saya asyik teringat-ingat tawaran yang diberikan. Selepas sekian lama lebih kepada hiburan sekarang saya cuba berubah pula.”

Tyzo bakal digandingkan dengan Suffian Amrin dan Luqman Hakim dalam segmen Inspirasi Pagi di stesen berkenaan yang akan ke udara pada setiap Isnin hingga Jumaat, dari jam 6 pagi hingga 10 pagi.

Dalam masa yang sama, Tyzo harap ia dapat memberi manfaat kepada lebih ramai pendengar.

“Sudah tiba masanya untuk saya menyumbang kelebihan bakat dan kemahiran untuk agama dan negara, saya harap peluang ini akan menaikkan martabat IKIM FM bukan sekadar radio oleh umat Islam tetapi rujukan buat semua pendengar.”

Untuk rekod, 12 Januari lalu, Tyzoo mengumumkan penamatan perkhidmatan dengan stesen Suria FM selepas 8 tahun bertugas.

Sumber : mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.