in

Ibu Tunggal & Rakan Pengkid Dera Budak 7 Tahun Tukar Pengakuan Kepada Bersalah

Ft Ibu Pengkid Mengaku Bersalah 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang ibu tunggal dan rakan serumahnya yang pernah tular kerana mendera kanak-kanak 7 tahun yang sebelum ini mengaku tidak bersalah telah menukar pengakuan mereka di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini.

Tertuduh, Nurul Asyiqin Mohamad Zahir, 27, dan wanita berperwatakan lelaki, Awiin Chua, 30, menukar pengakuan kepada bersalah selepas pertuduhan dibacakan semula jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim VM Mabel Sheela atas dua pertuduhan mendera dan mengabaikan kanak-kanak malang tersebut.


Artikel Berkaitan : “Nasib baik ada jiran”- Belakang Badan ‘Berlubang’, Kanak-kanak Lelaki Dipercayai Didera Ibu & Kawan Pengkid

Artikel Berkaitan : Tular Video Kanak-kanak Didera Di Taska, Ibu Meraung Tengok CCTV Anak Dipukul

Memetik laporan Buletin TV3, kedua-dua tertuduh didakwa berniat menganiaya seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang di bawah pemeliharaan mereka sehingga menyebabkan mangsa menghadapi kecederaan fizikal.

Selain itu, mereka juga didakwa berniat bersama mengabaikan kanak-kanak yang juga anak kedua ibu tunggal ketika mangsa di bawah pemeliharaan mereka.

Screenshot 2023 09 27 162919

Dua perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah dekat Jalan Wau Kikik 7, Bandar Layangkasa, Pasir Gudang di sini, antara 1 Julai hingga 9 Ogos lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Selepas pengakuan bersalah itu direkodkan, Timbalan Pendakwa Raya Nur Diyana Zubir telah memohon satu tarikh yang sesuai untuk penyediaan fakta kes sebelum hukuman dijatuhkan ke atas tertuduh.

Dalam prodising yang sama, pihak pendakwa turut menyerahkan butiran dokuman kepada mahkamah yang merangkumi laporan perubatan, laporan polis dan gambar-gambar lokasi kejadian serta gambar kecederaan mangsa.

Screenshot 2023 09 27 162954

Pihak mahkamah telah menetapkan tarikh untuk membentangkan akta dan jatuh hukuman pada 10 Oktober depan. Malah, jumlah jaminan sebanyak RM15,000 terhadap Nurul Asyiqin dan RM20,000 terhadap Awiin dikekalkan.

Sebelum ini kedua-dua tertuduh yang diwakili peguam Abd Rahim Ali itu dibawa masuk ke mahkamah kira-kira jam 9.30 pagi, bapa kepada ibu tunggal berkenaan, Mohamad Zahir Ahmad, 62, menerpa anak bongsunya.

Screenshot 2023 09 27 163018

Kedua-dua beranak itu dilihat menangis sambil berpelukan. Untuk rekod, kedua-dua tertuduh sebelum ini mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Fatimah Zahari.

Sumber : Buletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.