
Walaupun pasangan suami isteri sudah bercerai dan tidak sefahaman lagi, tolonglah jangan jadi seperti ibu ini yang menggunakan anak sendiri sebagai tempat untuk melepaskan rasa marah. Seorang wanita dari China dengan sengaja telah mencederakan anaknya kerana didakwa ingin membalas dendam kepada bekas suami.
Sah mak dia ni tak berfikir dengan waras!

Menurut World of Buzz, wanita tersebut telah memotong kemaluan anaknya menggunakan gunting kerana dia ingin membalas dendam terhadap bekas suami dan keluarga lelaki itu. Namun mujurlah kelakuan ibu tersebut diketahui keluarga bekas mentua dan kanak-kanak berkenaan dikejarkan ke hospital segera untuk mendapatkan rawatan.
Doktor di hospital Jiangxi, Fuzhou telah melakukan pembedahan kepada kanak-kanak malang itu untuk menyelamatkan ‘kelakiannya’ dan syukurlah pembedahan itu berjalan dengan lancar. 10 hari selepas pembedahan berkenaan, doktor yang terlibat memberitahu bahawa kanak-kanak itu berada dalam keadaan stabil dan dia bakal sembuh seperti sediakala.

Menurut doktor itu lagi, walaupun kanak-kanak tersebut bakal menghadapi beberapa masalah dengan fungsi kemaluannya, dia masih mampu mempunyai anak jikalau penyembuhannya berlalu dengan baik. Ia difahamkan, ketika kanak-kanak tersebut dibawa ke hospital, kelangkangnya penuh dengan darah. Aduhai!
Malah datuk dan nenek kepada kanak-kanak itu juga masih tidak mengerti mengapa si ibu tiba-tiba datang ke rumahnya selepas setahun menghilangkan diri.

“Dia telah tinggalkan rumah ini selama lebih dari setahun yang lalu dan juga berkahwin dengan lelaki lain. Saya beritahu dia yang dia sudah pun berkahwin, jadi tolonglah jangan datang ke sini lagi,” kata nenek mangsa.
“Dia gunakan sebilah gunting, salah satu dari gunting besar yang kami gunakan di rumah,” tambahnya apabila disoal mengenai alat yang digunakan untuk mencederakan cucunya itu.
Pun begitu, motif disebalik tindakan gila ibu yang memotong kemaluan si anak masih belum diketahui sehingga kini dan pihak polis masih lagi menyiasat.
Berikut rakaman temubual kes ini:
Ibu bapa yang bergaduh, tak pasal-pasal anak yang jadi mangsa!
Baca: Kanak-kanak 4 Tahun Cedera di Dahi, Badan dan Pendarahan di Kemaluan Akibat Didera Ibu dan Kekasih