in

Ibu Mohon Doa, Tempurung Kepala Anak Retak Lepas Ditolak Rakan

ft ibu mohon doa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang ibu meminta orang ramai untuk mendoakan anak perempuannya yang kini sedang bertarung nyawa kerana dipercayai ditolak oleh rakannya di sekolah.

Menurut perkongsian ibu mangsa, Zalinda Lin berkata, tempurung kepala anaknya, Sofia Rohaizan kini retak dan berlaku pendarahan dalam kepada serta anaknya kini dalam keadaan tidak sedarkan diri.


Artikel berkaitan : “Kepala ditendang macam bola” – Bapa Kecewa Anak Dibuli 10 Pelajar, Tapi Pengetua Tak Ambil Tindakan?

Artikel berkaitan : KPM Galakkan Laungan ‘Anti Buli’ Di Sekolah Sebagai Usaha Hapuskan Gejala Buli

531927296 24942651375338133 2657984998388076228 n

“Dengan penuh rasa rendah hati, saya memohon semua kenalan, sahabat dan ahli keluarga agar sama-sama menitipkan doa buat anak saya, Aisyah Sofia Rohaizan, yang kini sedang bertarung nyawa selepas ditolak jatuh.”

“Saya tidak tahu dan tidak boleh nak fikir sekuat mana kawan dia tolak sehingga menyebabkan kecederaan tersebut. Sesungguhnya saya reda dan cuba berlapang dada atas apa yang terjadi.”

Dalam hantaran itu, Zalinda juga ada kepilkan gambar anak perempuannya yang sedang memakai unifrom sekolah rendah. Dalam masa yang sama, Zalinda turut mendoakan agar anaknya diberikan kesembuhan selain dapat kembali tersenyum ceria seperti sediakala.

“Semoga Allah mengurniakan kesembuhan yang sempurna, memudahkan segala urusan rawatan, melindunginya dari sebarang komplikasi, serta mengembalikan senyuman dan keceriaannya seperti sediakala. Semoga ada diantara kalian yang Allah angkat doanya. Amin.”

Sumber : Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.