in

“Ibu gertak dengan hanger” – ‘Parents’ Rotan Kaki & Kasari Anak Untuk Suruh Makan Dekat Kedai Tomyam

Ig 1

Kalau pergi makan dekat luar memang macam-macam kerenah kita akan lihat kan? Selalunya kalau pergi kedai makan dan ada kanak-kanak memang akan riuh. Tapi, lain pula yang terjadi di sebuah kedai tomyam dekat Keramat baru-baru ini.

Kisah ini dikongsi oleh pembaca Lobak Merah sendiri di mana menurutnya dia telah menyaksikan ibu bapa memarahi dan mengasari anak mereka di kedai makan tersebut. Menurut Siti, dia dan keluarganya sedang menunggu makanan mereka sampai sebelum tiba-tiba ternampak seorang kanak-kanak lelaki berlari sambil menjerit.

Ternampak seorang anak lelaki berumur sekitar 8 tahun berlari menjerit. Pandangan kami tertumpu pada anak lelaki itu.”

Ig1 1

Apa yang lebih mengejutkan, kedua ibu bapa kanak-kanak tersebut masing-masing memegang rotan serta hanger untuk menakutkan anak mereka. Bukan itu saja, mereka dikatakan bersikap kasar terhadap kanak-kanak tersebut serta turut merotannya di bahagian kaki.

Terkejut apabila melihat bapanya berlari mendapatkan anak dia dengan menggunakan hanger baju sebagai umpan untuk anak dia takut dan dengar cakap.”

Cara bapa dan ibunya begitu kasar menyuap anaknya dengan memegang kepala dan memicit tangan anaknya.”

Ig2 1

Bersangka kanak-kanak itu mungkin menghidap autism namun menurut Siti itu bukanlah cara yang betul untuk mengajar. Apatah lagi di tempat awam. Kanak-kanak boleh menjadi trauma kerana malu dimarahi di tempat awam, terutamanya kanak-kanak istimewa. Menurut Siti lagi, ketika anaknya lari dan menjerit, si bapa didengari menengking dengan kuat,

Eh mana kau nak lari ah?!!”

Berikut perkongsian Siti kepada Lobak MerahIg4

Ig5

Ig6:

Siti berkata dia berkongsi untuk sebarkan kesedaran tentang mendidik anak di tempat awam. Menurutnya, tidak sepatutnya anak itu dimarahi dan dikasari sebegitu apatah lagi ibu bapanya mengugut dan menggunakan rotan serta hanger sebagai ‘umpan’ bagi menakut-nakutkannya.

Kalau korang dekat situ, apa korang akan buat?

Baca: “Terpaksa tahan kat lantai, tapi tak nak sakitkan dia” – Ketabahan Family Tenangkan Remaja Autism Di Tepi Jalan Dipuji Netizen

Autism

Sumber: Lobak Merah
Sumber: Lobak Merah
Sumber: Lobak Merah
Sumber: Lobak Merah
Sumber: Lobak Merah