in

Ibu Bapa Ketagih Dadah Abai Anak Berusia 1 Dan 3 Tahun, Tidak Beri Susu Selama Seminggu

Cats 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dadah merupakan ketagihan yang sukar untuk dihentikan. Sekali terjebak memang sukar untuk seseorang fokus kepada keutamaan lain. Dalam kes ini, pasangan suami isteri ini lebih fokus dalam pengambilan dadah daripada mengutamakan anak-anak mereka yang berusia 1 dan 3 tahun.

Kes Dadah .Jpg 1502808111
sumber: new straits times

Menurut New Straits Times, rumah pasangan suami isteri tersebut yang terletak di Perlis telah digeledah sewaktu Ops Perdana yang dijalankan selama tiga hari oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (NADA).


Sewaktu pemeriksaan, agensi berkenaan mendapati anak-anak mereka tidak diberi susu lebih dari seminggu kerana pasangan tersebut terlampau taksub dengan pengambilan dadah.

Apabila diperiksa, pasangan suami isteri itu sah positif dadah jenis Methamphetamine. Dan apa yang lebih mengejutkan ialah si isteri sedang sarat mengandung 5 bulan dengan anak ketiganya mereka.

Methamphetamine And Amphetamine
gambar hiasan

Mengandung pun hisap dadah. Kasihan bayi dalam kandungan.

Menurut Pengarah NADA, Azizah Ahmad, pasangan berkenaan telah melakukan kesalahan yang sama dan baru sahaja dibebaskan dari penjara 6 bulan yang lalu.

“Si suami baru sahaja selesai menjalani hukumannya di Pusat Pemulihan Perlis di Guar Nangka manakala si isteri pula baru sahaja dibebaskan dari Penjara Pokok Sena pada bulan Mac,” ujar Azizah.

Ingat dah berhenti lepas dikenakan hukuman. Tetapi sama juga. Apa nak jadi?

Kini anak-anak mereka ditempatkan di bawah jagaan neneknya buat sementara waktu. Kes pasangan tersebut telah dirujuk ke Jabatan Masyarakat untuk tindakan lanjut. Harap-harap kali ini mereka insaf lah. Kasihan anak-anak mereka yang masih kecil.

Baca : Lelaki Ketagih Dadah Hisap Pil Kuda Depan Anak-anak di Kota Bharu

Capture 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.