Sebagai ibu bapa, kita selalunya alert dengan sekeliling supaya anak kita sentiasa dalam keadaan selamat. Namun kita tak boleh menghalang takdir dan bak kata pepatah, ‘Malang tak berbau’. Kadang-kadang sesuatu perkara berlaku tanpa diduga.
Oleh itu, seorang ibu baru-baru ini ingin memberi netizen peringatan supaya berhati-hati apabila meninggalkan anak anda di katil bayi sendirian. Kerana menerusi perkongsiannya di Facebook, dia baru saja kehilangan bayi kesayangannya akibat perkara tersebut. Allah sedihnya…
“Beginilah kedudukan arwah waktu itu masa nak ambil menyusukan dia…”
Menurut Nursafiah, dia telah tinggalkan anaknya yang sedang tidur sekejap untuk makan. Bayi itu menurutnya baru pandai kalih-kalihkan badan. Tak sangka pulak semasa dia nak ambil si anak untuk menyusukan…
“Bismillahirrahmanirahim
“Sebenarnya mama xkuat nak ceritakan….tapi mama nak share dgn kwn2…dlm kebaikan ada keburukan…
“Byk yg tanya mcmane kejadian berlaku..ada yg kata2 blkg kata mama cuai…tapi ibu mana yg nak anak dia jd macam nie…??
“Sini contoh yang pia boleh gambarkan…beginilah kedudukan arwah waktu itu masa pia nak ambil menyusukan dia…muka dia sepenuh hadap tilam tu…waktu kami tinggalkan dia untuk makan dia sedang tidur…dan arwah baru pandai pusingkan badan…”
“Dia tak jatuh ye, dia terselit. Banyak salah faham kata dia jatuh”
Kata Nursafiah, anaknya meninggal bukan disebabkan bayi itu jatuh. Tapi anaknya terselit di tepi katil hingga menyebabkan otak bengkak kerana kekurangan oksigen. Pun begitu, dia tidak salah keadaan katil tersebut cuma berhati-hatilah ibu bapa yang menggunakan katil jenis ini untuk bayi mereka.
“Sini contoh yang pia boleh gambarkan…beginilah kedudukan arwah waktu itu masa pia nak ambil menyusukan dia…muka dia sepenuh hadap tilam tu…waktu kami tinggalkn dia untuk makan dia sedang tidur…dan arwah baru pandai pusingkan badan…
“Dia xjatuh ye….dia terselit….byk slh fhm kata dia jatuh…x… doc pun sahkan dia xde pendarahan apa2..cuma otak dia bengkak kerana kekurangan oksigen..
“Pia share supaya kita berhati2..???
Jenis katil baby mcmnie… pia xslhkan katil ni….cuma mungkin uolss boleh berjaga2 klu ada yg guna katil jenis nie…
Sbb kain jaring dia boleh lentur ikut bdn….klu ada ruang..jgn biarkan ruang tu ada skit pun….
“Semoga Anak mama bahagia ditaman syurga…
Maafkan mama sayang….
Al-fatihah”
Harap ibu bapa kat luar sana take note lah akan peringatan ini. Kalau guna katil jenis ini atau tinggalkan anak keseorangan kat katil, jenguk-jenguklah selalu walaupun tinggal sekejap.
Semoga ibu bapa bayi ini tabah hadapi dugaan. Al Fatihah.