in

Ibu Bapa Bimbang Anak-anak Terlibat ‘Zoom Raid’, Sengaja ‘Serang’ Kelas Google Meet & Zoom Untuk Buat Kacau

Zoom Raid Ibu Bapa Bimbang Anak Terlibat

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dan kerajaan akhirnya mengambil jalan untuk menutup sekolah buat beberapa bulan, pelajar telah diminta untuk menghadiri kelas secara online atau PdPR.

PdPR ini diadakan sama ada menggunakan aplikasi Google Meet, Zoom ataupun apa-apa aplikasi lain yang sesuai buat guru dan anak murid berada dalam suasana pembelajaran.

Nutp Pdpr

Pun begitu baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai aktiviti yang dinamakan sebagai ‘Zoom Raid’ yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah yang dikatakan telah membuat kacau dengan menceroboh kelas-kelas online ini.

 

“Semua kena kicked out” 

Menerusi perkongsian seorang netizen di Facebook, dia telah menyatakan kebimbangannya atas aktiviti tidak bermoral ini yang mana telah dilakukan dengan sengaja oleh remaja-remaja yang tidak menghormati guru dan pembelajaran.

Menurutnya, perkara ini mula diketahui apabila anak bongsunya memaklumkan bahawa kelas perbincangan bagi kertas percubaan UPKK di Google Meet telah di ‘raid’ oleh sekumpulan remaja yang mana mengakibatkan semua ahli di dalam grup tersebut telah ditendang keluar.

Zoom Raid 1

Apa yang peliknya ialah link Google Meet bagi kelas tersebut tidak pernah dikongsikan di mana-mana dan hanya diketahui guru, ibu bapa dan pelajar sahaja.

 

“Ada banyak group telegram with the name of zoom raiders” 

Setelah diselidik, barulah wanita itu tahu bahawa terdapat banyak grup di Telegram dengan nama ‘zoom raiders’ dengan beratus-ratus ahli akan menceroboh kelas-kelas online tersebut.

Caranya mudah saja, seorang daripada ahli akan masukkan link kelas terbabit yang diperolehinya dan meminta ahli grup ‘menyerang’ kelas online tersebut beramai-ramai.

Mereka kemudian akan masuk ke grup tersebut beramai-ramai dengan tujuan membuat kacau dan post bermacam-macam jenis gambar termasuklah gambar pornografi di dalamnya. Aduhai… 

Zoom Raid 2

Berikut antara perbualan ahli di dalam grup tersebut yang didakwa masih bawah umur. Ibu bapa diminta memantau kegiatan anak-anak yang menggunakan media sosial kerana bimbang terlibat dalam kegiatan seperti ini.

Zoom 4

Z3

Tele 2

Harap ahli-ahli dalam grup ini boleh berhentilah daripada melakukan perkara yang bukan-bukan yang akan menyebabkan kesusahan kepada diri sendiri juga di masa hadapan.

Kalau korang ada Telegram, mohon beramai-ramai report grup ini supaya mereka berhenti daripada melakukan perkara tidak berfaedah. 

Baca: Cikgu Dipuji Guna Duit Sendiri Pasang Tinted Pada Tingkap Kelas Sempena Pelajar Kembali Ke Sekolah

Cikgu