in

Ibu Baca Diari Anak Perempuan Berusia 12 Tahun, Dedah Rahsia Dirogol Teman Lelaki Ibu

Recoup3S

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi sesetengah orang, diari bagaikan rakan untuk meluahkan perasaan yang terbuku di dalam hati. Ia sesuatu yang amat peribadi kerana mengandungi rahsia sulit yang tidak sepatutnya diketahui orang lain.


Pun begitu, tindakan seorang ibu dalam membaca diari anak perempuannya yang berusia 12 telah membongkarkan satu rahsia. Gadis tersebut telah dirogol oleh teman lelaki ibunya sejak April lalu.

Tumblr Myfrpml6Pv1S86U1So1 500
gambar hiasan

Menurut Astro AWANI, ibu mangsa yang terkejut membaca luahan hati anaknya itu telah bertanyakan hal tersebut kepada mangsa sendiri.

Mangsa kemudiannya menceritakan bahawa teman lelaki ibu telah menceroboh masuk ke biliknya dan bertindak merogol mangsa ketika ibunya pergi ke China atas urusan kerja. Luahnya lagi, dia telah dirogol pada April lepas sehinggalah Julai lalu sebanyak empat kali.

Unset
gambar hiasan

Suspek difahamkan telah mengenali ibu mangsa selama lima tahun dan tinggal bersama mereka anak beranak di Kajang Perdana. Disebabkan ibu mangsa amat mempercayai teman lelakinya, dia membiarkan suspek tinggal bersama mangsa semasa dia tiada di rumah. Alahaii percaya sangat dengan bf tu! 

Mangsa yang merupakan anak bongsu dari dua adik beradik ini adalah hasil dari perkahwinan ibu mangsa dengan suami pertama.

Susulan dari penemuan itu, ibu mangsa telah membuat laporan polis dan suspek telah ditahan di Jalan Semenyih jam 11 malam, Isnin lepas. Suspek kini direman selama enam hari sehingga Ahad ini untuk membantu siasatan.

Jika sabit kesalahan suspek akan dikenakan hukuman penjara selama 20 tahun dan sebat dibawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Para ibu yang ada teman lelaki tu berhati-hatilah… kasihan anak jadi mangsa ratahan teman lelaki tak guna! 

Baca: Gara-gara Minta ‘Clash’, Wanita Bongkar Perbuatan Teman Lelaki Merogolnya

Teman Lelaki

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.