in

Ibu 7 Anak Mengadu Sakit Perut Lepas Operation, Rupanya Doktor Tertinggal Gunting Dalam Perut

Fi Gunting

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah tak korang kena buat apa-apa pembedahan yang serius dalam hidup korang. Mesti sebelum nak kena buat pembedahan tu korang dah terfikir macam-macam kan?



Tapi kisah seorang ibu kepada tujuh cahaya mata ni mesti buat korang terkejut. Perkara ini terjadi selepas dia menjalani pembedahan sebelum ini.

 

Sakit perut lepas pembedahan

Pengalaman ‘ngeri’ ini dilalui oleh seorang wanita berusia 61 tahun, Nurcihan Ogmen yang tinggal di wilayah Aydin di barat daya Turki mengadu mengalami sakit pada bahagian perut selepas melakukan pembebadahan.

Gunting 1

 

Menurut agensi berita tempatan, AHaber, Nurcihan melalui satu proses pembedahan selama 5 jam dan lebihan kulitnya dibuang oleh doktor ketika pembedahan dilakukan. Kemudiannya dia dibenarkan pulang ke rumah pada keesokan hari.

Walau bagaimanapun dia kembali ke hospital selepas mendapati, ada bengkak selain sakit pada bahagian perut dan memberitahu kepada doktor tentang situasinya.

Namun wanita tersebut dimaklumkan bahawa itu adalah normal, selepas melalui sesebuah pembedahan di sebuah hospital swasta di Kusadasi pada 5 Mac lalu.

“Perut saya begitu sakit selepas pembedahan namun doktor tidak mempercayai apa yang saya katakan.

“Doktor hanya meminta saya bersabar dan tidak berminat untuk mendengar masalah yang saya hadapi,” katanya.

 

Gunting tertinggal dalam perut

Dua bulan selepas pembedahan, Nurcihan dikatakan masih berasa sakit pada bahagian perutnya dan pergi ke Hospital Negeri Soke untuk buat pemeriksaan susulan.

Alangkah terkejutnya bila laporan X-ray menunjukkan, ada sebilah gunting terdapat pada bahagian kiri abdomennya. Difahamkan juga gunting tu adalah dari pembedahannya yang dilaluinya sebelum ini. Korang bayangkan macam mana boleh tertinggal tu?

Gunting 2

Tak ambil masa lama, dia kemudiannya terus bertemu semula dengan doktor yang melakukan pembedahan awal terhadapnya untuk mengeluarkan gunting itu. Akhirnya ia dapat dia dikeluarkan selepas melakukan pembedahan selama dua jam.

Alamak macam mana boleh jadi macam tu pulak eh? Tapi syukur sangat-sangat dia tak ada cedera apa-apa

Sumber : Harian Metro

 

Baca : “Nampak ceria je mula2 tu” – [VIDEO] Wanita Thailand Rebah, Meninggal Dunia Semasa Buat Live

Foot Gunting

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.