in

“I terima je lah” – Liyana Jasmay Santai Jawab Kritikan Netizen Pasal Kulit Makin Gelap

Ft Liyana Jasmay Netizen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini sebuah video di TikTok telah menjadi tular, memaparkan respons pelakon, Liyana Jasmay yang dilihat santai menjawab kecaman netizen mengenai warna kulitnya yang dikatakan semakin gelap berbanding rakan selebriti lain.

Menerusi video yang mendapat 1.5 juta jumlah tontonan dan meraih lebih 80,000 likes dalam masa dua hari itu, dapat dilihat Liyana sedikit pun tidak marah apabila dilemparkan kata-kata sedemikian.


https://www.instagram.com/p/CqXW4dzJq13/

“Artis lain makin lama makin putih cantik. LJ (Liyana Jasmay) ni aku tengok makin lama makin hitam dah macam orang kampung dah,” tulis seorang individu.

Menerusi ruangan komen, salah seorang netizen telah mengatakan kulit Liyana semakin gelap berbanding dahulu dan tidak seperti artis lain yang semakin putih serta dia disamakan dengan orang kampung.

Santai je tuan badan jawab kecaman…

@ljoneandonly

Replying to @azirashiraazira

♬ Cute – Aurel Surya Lie

Komen tersebut telah mendapat perhatian pelakon tersebut, di mana dia menerima dengan seadanya kritikan yang diberikan oleh individu terbabit.

Bukan itu sahaja, malah Liyana berbangga dengan warna kulitnya serta memberitahu bahawa dia tidak mahu mengambil suntikan pemutihan seperti kebanyakan rakan selebriti yang lain.

“Warna kulit saya sebenarnya coklat kekuningan tetapi kalau awak rasa itu hitam, saya terima sahajalah.”

“Sebab saya tak mahu kulit warna putih pun sebab saya takut kalau inject putih itu ada kesan sampingan,” jelasnya.

Liyana turut berpendapat, warna kulit tidak seharusnya dijadikan syarat untuk bergelar sebagai seorang artis.

https://www.instagram.com/p/CpF3158ptgj/

Dia juga turut bersykur kerana suaminya, Fathuddin Mazlan tetap menerima dirinya seadanya tanpa mengambil kira warna kulit.

“Kalau dilahirkan warna kulit orang Melayu, nak buat macam mana. Mungkin hitam untuk awak tetapi putih di hati suami saya,” kata Liyana.

Baca : “Dalam islam mana boleh” – [VIDEO] Netizen Pertikai Liyana Jasmay Tiup Lilin, ‘Wish’ Depan Kek

Fi Kek 728X383 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.