Ketika Belanjawan 2020 diumumkan Oktober lalu, kerajaan telah mengumumkan yang Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh dikeluarkan melalui program i-Sinar.
Pun begitu, pengeluaran dari Akaun 1 KWSP ini hanya boleh dikeluarkan sekiranya ahli tak mencarum sekurang-kurangnya dua bulan atau ahli yang masih bekerja tapi gaji pokok dikurangkan sebanyak 30% ke atas.
Sementara itu, ahli yang mendapat pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% bermula Mac lalu juga boleh keluarkan duit dari Akaun 1 jika dapat berikan surat sokongan seperti slip gaji.
Dikatakan, untuk ahli kategori 1 yang layak dan permohonan dah diluluskan, KWSP telah pun mula mengeluarkan wang sejak hari ini manakala kategori 2 dah pun boleh memohon sejak semalam.
Pun begitu, semalam Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan yang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dikuatkuasakan mulai esok.
Ekoran pengumuman ini dan pengisytiharan Proklamasi Darurat pagi tadi, ramai netizen telah merayu dan meminta agar Muhyiddin dapat memberikan kelulusan i-Sinar kepada semua orang tanpa syarat bagi membantu mengurangkan beban lagi-lagi dengan keadaan ekonomi sekarang.
“Boleh pesan KWSP untuk terus approve i-Sinar untuk semua?”
Apa pendapat korang? Patut ke i-Sinar semua dapat?