in

“I sedih bila baca orang kutuk u” – Siti Jamumall Luah Rasa Sedih Aiman Dikecam Teruk

ft siti aiman

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui bahawa pihak mahkamah telah memutuskan bahawa pasangan personaliti media sosial, Siti Jamumall dan Aiman Tak Kesah disahkan bercerai talak tiga.

Keputusan tersebut telah meruntun hati Siti Jamumall atau nama sebenarnya Siti Suraini Wahiddin apabila melihat bekas suaminya itu dikecam teruk.


Artikel berkaitan : “Sampai termuntah” – Dato Vida Rawat Siti Jamumall Guna Ayat Al-Quran

Artikel berkaitan : “Saya tak tahu kenapa buat live” – Suami Siti Jamumall Sangkal Dakwaan Lafaz Cerai Hanya Gimik

 

Anggap Aiman ‘the best father figure’

Screenshot 2025 09 23 121842

Dalam satu luahan di TikTok, pada awalnya, Siti Jamumall ada mendedahkan pengorbanan yang dilakukan oleh Aiman sepanjang waktu dia mahu melahirkan anak.

Jelasnya, Aiman selalu berada di sisi terutamanya saat Siti mengalami kesulitan sewaktu mahu melahirkan anak kerana wangnya dibekukan.

“I bangga dengan you sebab you tetap ada, orang tak tahu… hujung nak bersalin duit I semua dibekukan.. I memang takde apa dah. Tuhan nak tunjuk kat I yang you memang nak bertanggungjawab.”

“You datang fight cari duit untuk settlekan semua keperluan anak bersalin. Your hustle titik peluh cari duit tak cukup tidur I really appriciate it. Terima kasih sebab you ada teman i berjuang melahirkan anak kita you jaga I dari day 1 berpantang sampai ke harini untuk make sure I okay.”

Screenshot 2025 09 23 121822

Jelas Siti lagi, dia sebelum ini berharap bahawa masih ada harapan untuk bersama Aiman kembali di mana status perceraian mereka jatuh pada talak 2 sahaja, namun nasib tidak menyebelahi mereka.

Dengan apa yang terjadi, ia membuatkan Siti rasa sedih apabila melihat Aiman dikecam teruk. Baginya, tidak dinafikan Aiman ada melakukan kesilapan tetapi dia juga akui bahawa dirinya ada buat silap juga.

“I tak kuat nak hadap. i sedih baca bila orang kutuk you, sebab I tahu memang u ada buat silap, I sendiri pun ada kesilapan i.. tapi masih banyak kebaikan yang ada kat you. Jika ditanya I still tak kuat mungkin bercampur emosi sekarang masih berpantang.”

Jelas Siti, dia kini sedang berada dalam titik terendah dalam hidupnya dan memerlukan ruang untuk diri sendiri.

Semalam, Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Isnin mengesahkan pempengaruh, Siti Jamumall dan suaminya, Khairul Aiman Abdul Kudus sah bercerai dengan talak satu buat kali ketiga, ketika siaran langsung di aplikasi TikTok, empat bulan lalu.

Sumber : TikTok, Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.