in

“I kahwin sebab wang” – Model Belanja RM3.7 Juta Dalam Masa 3 Bulan, Minta Cerai Bila Dapat Tahu Suami Dah Tak Ada Duit

Dasar Lo

Hanya selepas seminggu berkahwin dia bercerai dengan suaminya dan kini kisahnya mendapat perhatian ramai. Itulah yang berlaku kepada model dari Jepun, Kato Sari selepas dia membuat pengumuman di Youtube tentang penceraiannya.

Kato telah bercerai dengan pengurus sebuah syarikat hartanah yang dikahwininya pada September 2019. Pasangan itu mula bercinta pada Mei 2019 dan mengambil keputusan untuk berkahwin pada September 2019.

Menurut WOB, selepas seminggu perkahwinan itu mereka berpisah dan keputusan untuk bercerai itu dilakukan pada 10 Januari baru-baru ini. Ternyata Kato meminta cerai kepada suaminya selepas lelaki itu memberitahu dia dah tak ada wang dan tak mampu untuk beri duit kepadanya.

Bagaimanapun, sebelum penceraian itu berlaku Kato dilaporkan telah membelanjakan 100 juta Yen (RM3.7 juta) duit lelaki tersebut dalam masa tiga bulan sebelum perkahwinan dilangsungkan. Lelaki itu juga telah membeli cincin pertunangan untuk Kato bernilai 3 juta Yen (RM111,000).

Wang yang dibelanjakan Kato itu digunakan untuk membeli beg berjenama mewah, pakaian, kereta mewah dan macam-macam lagi. Rupa-rupanya selepas mereka mendaftar perkahwinan, lelaki berusia 36 tahun itu merayu kepada Kato supaya berhenti berbelanja.

Katanya, dia sudah jatuh miskin dan tidak ada lagi wang untuk diberikan kerana syarikatnya mempunyai masalah kewangan.

https://www.instagram.com/p/B7DrrUGlC3x/

Perkara itu membuatkan Kato naik angin dan tidak puas hati kerana ketika mereka bercinta dia dibenarkan untuk berbelanja tetapi bila dah berkahwin disuruh untuk tidak membeli belah pula. Malah, dia juga berkata perkahwinan mereka adalah satu penipuan.

Jadi, apa guna saya berkahwin dengannya? Dia telah menipu saya untuk tandatangani dokumen perkahwinan itu.”

Kato juga mengaku dia tidak berminat dengan lelaki yang miskin dan membuat keputusan untuk bercerai dengan suaminya itu. Hal ini membuatkan dia terus mendapat perhatian warganet apabila dia membuat kenyataan seperti ‘Kebahagiaan boleh dibeli dengan wang ringgit’ dan ‘Saya berkahwin kerana wang’ sebelum dia berkahwin dengan lelaki tersebut.

Katanya, wanita layak berbuat sebegitu kerana harus berhadapan dengan proses kehamilan dan melahirkan anak. Lelaki pula tak perlu buat apa-apa kecuali bekerja keras serta dapatkan duit untuk keluarga.

Selepas pengumuman itu, Kato dilihat memuat naik beberapa gambar dengan lelaki lain dan menyatakan dia bukanlah suaminya. Netizen memberi komen dan bertubi-tubi mengkritik Kato kerana sikap materialistiknya itu.

Baca: “Dasar materialistik!” – Beli Mazda Baru Sebab GF Tak Suka Myvi, Sekali Nampak Lelaki Bawa Mercedes Cium GF

Awek Curang