in

“I don’t love daddy anymore” – Kata-kata Anak Fazura Ketika Sesi Live Undang Perhatian Netizen

fatima tak sayang daddy fazura fattah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagaimana semua sedia maklum, pasangan pelakon Nur Fazura dan Fattah Amin sudah sah bercerai pada Oktober tahun lalu. Pasangan ini mempunyai seorang cahaya mata iaitu Nur Fatima Aisya yang berusia 4 tahun.

Namun satu video yang kini tular di TikTok berkenaan Fatima telah mengundang perhatian ramai apabila anak kecil ini dikatakan membuat satu luahan mengejutkan berkenaan bapanya, Fattah Amin.


 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz)

Artikel berkaitan: Fattah Amin Terima LOD Daripada Bekas Isteri Pasal Isu Kenderaan

Artikel berkaitan: “Keadaan dia tak sama” – Fattah Amin Jumpa Fatima, Dakwa Anaknya Itu Tampak Berbeza

“Saya dah tak sayang ayah lagi” – Fatima 

Dalam satu sesi live, Fazura yang sedang mendukung anaknya dilihat membaca komen daripada netizen yang bertanya soalan kepada Fatima.

Salah satu soalan menarik perhatiannya apabila ada netizen bertanya mengapa Fatima menangis sebelum itu.

Kemudian secara spontan Fatima menjawab,

I don’t want daddy. I don’t love daddy anymore,” katanya.

@syuhadaalis

semoga ad keajaiban kembali bersama semula demi ank 🥹 sedih sngt bila seorang ank wak keluor ayt tu ..dia mcm terluka dgn keadaan #fazuralovers #fyp #masyaallahtabarakkallah

♬ original sound – SYUHADA ALIS – SYUHADA ALIS

Terkejut dengan luahan daripada anaknya, Fazura dengan pantas menasihati Fatima untuk tidak bercakap begitu dan mengatakan bahawa anaknya sayang dengan ayahnya.

Namun, Fatima yang tidak bersetuju hanya menggeleng mengatakan tidak kepada ibunya, sebelum Fazura terus menukar topik perbualan dengan membaca komen lain.

Video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mana rata-rata kasihan dengan Fatima yang masih kecil, malah ada yang mengatakan kemungkinan besar Fatima hanya merajuk dengan ayahnya dan bukanlah membenci Fattah seperti yang ramai sangkakan.

sian fatima

Apa-apapun kita doakanlah yang baik-baik buat Fatima dan ibu bapanya. Mungkin Fatima hanya merajuk dengan bapanya kerana sudah tak kerap berjumpa macam dulu. 

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.