in

“Hukumnya harus, cuma..” – Pendakwah Jawab Isu Kertas Rendaman Air Rukyah, Ada Banyak Pendapat Ulama

Rukyah 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, tular di media sosial mengenai kertas rendaman ayat rukyah yang membuatkan ramai netizen tertanya-tanya soal hukumnya. Kertas tersebut dijual dalam pek bersaiz kecil memudahkan pengguna untuk merendamnya dalam air terlebih dahulu sebelum ia boleh diminum.


Pun begitu, Berita Harian Online telah menemu ramah pendakwah, Mohd Meeftah Anuar bagi mendapatkan penjelasan mengenai hukum kertas ayat rukyah tersebut.

Hukum harus tapi perlu ada iktikad

Pendakwah tersebut berkata, hukum menggunakan produk tersebut adalah harus tetapi perlu disertakan dengan iktikad atau keyakinan yang betul kerana kaedah tersebut hanyalah satu ikhtiar.

Hukumnya harus, cuma mesti betul iktikadnya…yang menyembuhkan adalah Allah SWT. Kaedah itu hanyalah satu daripada ikhtiar.

Artikel berkaitan: “Yang aneh2 je” – Tular Kertas Rukyah Untuk Rawatan Islam Buat Ramai Netizen Bingung

Artikel berkaitan: “Tak dikunjungi malaikat” – UAI Jelaskan Hukum Tidur Dengan Anak Patung Seperti Teddy Bear

Namun, bukan bermaksud pembelian produk tersebut adalah digalakkan kerana ada beberapa pendapat ulama yang lain.

Saya hanya menukil pendapat ulama dan tidaklah pula menggalakkan orang beli produk sedemikian.

Lebih-lebih lagi (berdasarkan video yang tular) tak nampak dengan jelas apa yang ditulisnya dan tidak diketahui bahan dakwat yang digunakan.

Banyak pendapat ulama, ada cakap hukumnya makruh

Para ulama juga mempunyai pandangan berbeza mengenai hal ini sehingga ada yang menyatakan hukumnya adalah makruh. Selain itu, beliau turut memberi pandangan menurut Imam Nawawi dalam kitab At Tibyan fi Adab Hamalati al-Quran,

Ada perselisihan pendapat ulama mengenai hukum menulis ayat al-Quran pada sebuah bekas kemudian dibasuhkan (bekas itu) dan diberikan minum air basuhan itu kepada orang yang sakit.

Selain itu, ulama lain Al Qadi Husain dan Al Baghawiy berpandangan jika dituliskan ayat al-Quran atas manisan, kemudian dimakan sekali pun tidak mengapa (harus).

Susulan itu, beliau memberi nasihat kepada orang ramai untuk selidik dahulu sebelum membeli produk ayat rukyah seperti yang dipasarkan. Jika jelas ayat yang ditulis serta bahan yang digunakan suci dan tidak memudaratkan, maka hukumnya adalah harus. Jika tidak pasti, lebih baik ditinggalkan.

Sumber: Berita Harian Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.