in

“Hukuman bunuh? Saya setuju!” – Ketua Pesuruhjaya SPRM

Page R 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dengan tampuk kepimpinan baru, Malaysia sekarang dalam proses untuk menghapuskan rasuah. Rasuah ni punca kepada macam-macam masalah tau.


Baru-baru ni, menurut Astro Awani, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull bersetuju kalau hukuman bunuh dijatuhkan kepada pelaku rasuah memandangkan kesalahan tersebut adalah ibu segala jenayah.

B1 5
sumber: blog

Walau bagaimanapun, beliau merasakan Malaysia belum capai tahap untuk jatuhkan hukuman seperti tu macam yang dilaksanakan di negara China.

Beliau juga mencadangkan agar hukuman sebat dikenakan kepada individu yang didapati bersalah melakukan rasuah kerana merasakan dapat beri pengajaran kepada yang lain.

“Hukuman bunuh? Saya setuju, bunuh sahaja seperti yang dilakukan di China. Ini kerana rasuah adalah ibu kepada segala jenayah, dengan rasuah jenayah seperti judi haram, pelacuran, pendatang tanpa izin dan penyeludupan senjata, dan banyak lagi boleh berlaku.

“Saya setuju apa yang dikatakan Perdana Menteri (Tun M) tetapi ia (hukuman bunuh) tidak mungkin boleh dilaksanakan di Malaysia. Kalau tak boleh cara itu, saya cadangkan sebat, kerana sebat ini dapat menghalang pelaku rasuah.”

Sementara itu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ni pun ditanyakan sama ada beliau sokong hukuman mati bagi pemimpin yang melakukan rasuah selepas beliau menyampaikan syarahan di Pusat Pengajian Islam Oxford di Universiti Oxford.

J1 1
sumber: sinar harian

Jawab Tun M, individu yang didapati bersalah melakukan rasuah oleh mahkamah di Malaysia akan dihukum penjara dan menambah bahawa di sesetengah negara pesalah rasuah ditembak mati tapi ia tak akan selesaikan masalah tu.

Hukuman bunuh tuuuu…

Baca: Baru Selesai 13 Jam Soal Siasat Semalam Tapi Polis Mahu Panggil Rosmah Lagi

N1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.