in

Hujan Batu Permata? 7 Fenomena Cuaca Ini Tak Berlaku Di Bumi Tapi Di Planet Lain!

Page Planet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bencana banjir besar yang berlaku di negara kita baru-baru ini telah mengejutkan ramai pihak kerana kejadian banjir ini terjadi disebabkan musim tengkujuh yang biasa terjadi sebaik tiba hujung tahun.


Namun kita masih lagi bernasib baik kerana kejadian banjir yang berlaku masih lagi dianggap sebagai kejadian yang normal berlaku di negara kita kerana tidaklah begitu luar biasa jika dibandingkan cuaca yang berlaku di planet lain.

Memang tak ada yang normal lah kan kalau kita bercakap pasal angkasa lepas? So, korang nak tahu tak apa fenomena cuaca unik yang selalu jadi di planet lain? Ini adalah huraiannya:

1. Hujan Kaca

Di angkasa lepas terdapat satu bintang yang bernama Exoplanet HD 188773B. Kalau kau orang gunakan teleskop, planet ini berwarna biru dan bercahaya. Planet ini terletak kira-kira 65 tahun jarak kelajuan cahaya dari Bumi dan telah dijumpai oleh ahli astronomi dari Perancis pada tahun 2005.

Hujan Kaca

Exoplanet ini berwarna biru kerana fenomena hujan yang bercampur dengan serpihan-serpihan kaca. Hujan kaca yang berlaku di planet ini dan difahamkan ianya berlaku secara mendatar pada kadar 4,349 batu per jam.

Jika hujan ini turun dalam kadar yang laju, pantulan cahayanya akan menyebabkan bintang ini seakan diliputi air dan ia merupakan salah satu fenomena cuaca yang menyeramkan di angkasa lepas!

2. Hujan batu permata

Lebih dari 40 tahun segelintir saintis mendapati bahawa hanya beberapa planet yang mengalami hujan batu permata dan hanya satu misi angkasa lepas sahaja yang berjaya merungkai misteri fenomena cuaca hujan itu iaitu Voyager 2.

Ini difahamkan beberapa planet yang mengalami hujan permata termasuklah Jupiter, Saturn, Neptune dan Uranus. Tapi korang pernah tertanya-tanya tak macam mana hujan batu permata ni terjadi?

Hujan Berlian

Fenomena ini berlaku disebabkan oleh panahan di planet-planet tersebut yang bertindak balas dengan menukarkan gas metano kepada karbon. Apabila gas karbon itu mengeras, ianya akan membentuk berlian.

Namun suhu panas di planet Jupiter dan Saturn akan mencairkan batu permata tersebut dan difahamkan bahawa ia akan kekal di planet yang bersuhu sejuk seperti Neptune dan Uranus.

3. Ribut berterusan sepanjang 400 tahun

Di planet Jupiter juga berlaku ribut besar yang dinamakan sebagai Bintik Merah Besar oleh para saintis. Itu saja Ia juga merupakan ribut terbesar yang tercatat dalam sejarah sistem suria.

Bintik Merah Besar ini dipercayai telah pun bermula sejak 400 tahun dahulu dan masih lagi berterusan sehingga ke hari ini.

Great Red Spot

Pada awalnya ribut ini bersaiz dua kali ganda besar dari bumi namun semakin kecil dari masa ke masa dan ianya berputar pada arah lawan jam pada kelajuan 300 batu per jam.

Fenomena ini telah menyebabkan beberapa saintis mengeluarkan teori fahaman mereka sendiri kerana ribut ini telah memanaskan atmosfera di atasnya sebanyak 1300 darjah selsius. Secara tidak langsung ia menjawab persoalan tentang suhu panas di Jupiter.

4. Taufan bersaiz Bumi

Fenomena cuaca pelik yang berlaku di angkasa lepas melibatkan planet kelapan dari Matahari iaitu Neptun. Sekiranya Jupiter tadi mempunyai ribut tanpa henti selama 400 tahun, Neptun pula menjadi ‘tuan rumah’ kepada ribut taufan yang besar.

Great Dark Spot

Corak gaya fenomena cuaca ini telah mula dikaji oleh saintis pada tahun 1989 apabila kapal angkasa Voyager 2 dapat mengesan ‘The Great Dark Spot’ atau Bintik Hitam Besar.

Pada tahun itu saintis tidak mengkaji kejadian tersebut dengan betul namun sejak kebelakangan ini mereka mendapati bahawa fenomena ribut taufan dengan saiz Bumi berlaku  di planet itu.

5. Salji Logam

Kalau korang masih ingat lagi dengan subjek sains planet Venus atau Zuhrah dikenali sebagai planet yang kering kerana suhunya yang tinggi iaitu 482 darjah selsius. Dalam cuaca yang kering terdapat satu fenomena cuaca berkait dengan ‘salji’ di sini.

Salji Logam Venus

Saintis telah memasuki bahawa suhu panas dari bawah tanah Zuhrah telah melibatkan proses pengewapan bahan pirit iaitu galian rapuh yang berwarna kuning yang sering digunakan dalam pembuatan asid sulfurik menjadi sejenis kabus logam yang menapis melalui logam.

Kabus logam ini dipercayai telah terjatuh di atas kawasan pergunungan Zuhrah yang menjadikan puncak gunung ini disaluti lapisan logam kuning berkilat dan fenomena ini telah menjadi satu kejadian yang menakjubkan bagi peminat-peminat angkasa lepas.

6. Perubahan suhu ekstrem di Marikh

Di Malaysia sendiri perubahan cuaca antara panas dan juga hujan ni berlaku secara berselang-seli dan bukan berlaku secara serentak yang menyebabkan rakyat dapat menahan perubahan cuaca yang berlaku.

Marikh

Tetapi fenomena seperti ini tidak berlaku di planet Marikh walaupun dikatakan sesuai untuk didiami oleh manusia. Ini kerana, secara puratanya suhu siang di Marikh adalah sekitar 21 darjah selsius dan suhunya turun secara mendadak pada waktu malam yang boleh mencecah sehingga -73 darjah selsius.

Perubahan cuaca yang ketara  ini boleh mengundang maut kerana kesejukan sekiranya tidak dilengkapi dengan peralatan yang betul dan sesuai.

7. 10 panahan petir dalam sesaat

Kejadian kilat sambar menyambar boleh dikatakan satu kejadian yang biasa berlaku di Bumi lebih-lebih lagi ketika hujan lebat yang diselangi dengan guruh kuat.

Namun kejadian panahan kilat yang ekstrem berlaku di planet Zuhal yang mana 10 panahan kilat terhasil dalam masa sesaat sahaja! Para saintis menggelarkan kejadian ini sebagai ‘Great White Spot’.

Panahan Kilat

Di sebalik fenomena yang dianggap sebagai sesuatu yang menyeramkan ia menarik minat para saintis kerana mereka mempercayai bahawa terdapat kewujudan air di planet tersebut!

Haa! Terkejut kan bila baca satu-satu? Min pun tergamam bila tulis! Amazing bethol!

Sumber: Iluminasi

Baca: [VIDEO] ‘Time Traveller’ Dari Planet ‘Vadho’, Ramal Bumi Musnah Tahun 2788 & Ada Penemuan Baharu Di Lautan Atlantik Oktober Ini?

Untilted 3

Sumber: Portal
Sumber: Iluminasi
Sumber: Iluminasi
Sumber: Iluminasi
Sumber: Iluminasi
Sumber: Portal
Sumber: Iluminasi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.