in

“Hospital atau rumah hantu?! ” – Pengalaman Buruk Lelaki Ini Masa Berurusan Di Hospital Kerajaan India

Hospitaldiindia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selama ini kita menganggap sistem hospital kerajaan di negara kita begitu teruk jika ingin dibandingkan dengan hospital swasta.


Namun tanggapan anda pasti akan berubah setelah membeaca perkongsian Farith Zul tentang pengendalian sistem di hospital kerajaan India yang jauh lebih teruk ini.

 

Tidak di benarkan masuk walaupun hanya di ruang menunggu

12088562 10204023467501780 8782131747881232397 N 12122413 10204023468101795 4592942877645561066 N

“Hospital atau Rumah Hantu ?!

Mimpi Ngeri malam tadi …

Pertama kali saya menjejaki hospital India hari ini … Mendapat khabar sahabat sebilik saya daripada Thailand kemalangan jalan raya … Kejadian berlaku selepas Maghrib … Saya dan seorang sahabat lagi terus bergegas ke hospital …

Sampai di sana kami tidak di benarkan masuk walaupun hanya di ruang menunggu … Saya melihat kawasan luar hospital penuh dengan orang ramai yg menunggu d luar … Kebanyakkan mereka bermalam d situ beralaskan plastik dan kain …

Mengikut peraturan hospital , tidak semua orang boleh masuk ke dalam hospital utk melawat pesakit … Walaupun daripada keluarga sendiri … Mungkin juga di sebabkan ingin mengurangkan kadar kesesakan yg sememangnya negara India di banjiri bilangan penduduk yang sangat ramai …”

 

Setelah lebih setengah jam baru boleh masuk..Tidak ada satu pun katil yang diperbuat daripada span tilam..semuanya di perbuat daripada besi.

12106932 10204023468741811 7660828435574727555 N 12108774 10204023469301825 593789330271189928 N

“Setelah lebih setengah jam menunggu di luar dalam keadaan duduk mencangkung dan berdiri , barulah kami di benarkan masuk oleh pihak sekuriti hospital dengan wasilah sahabat² kami yang lain yang lebih dahulu berada di dalam hospital …

Allahu … Sedih dan sebak melihat keadaan sahabat saya yang terbaring dengan lumuran darah di jubahnya di atas katil hospital yang keras masih dalam keadaan tidak sedar … Saya pun tidak faham keadaan hospital ini … Seingat saya tidak ada satu pun katil pesakit yang di perbuat daripada span tilam … Semuanya sama hanya sebuah katil beroda di perbuat daripada besi secara keseluruhan …”

 

Terpaksa menunggu selama sejam hanya untuk mengetahui keputusan…Kesemua doktor di situ adalah doktor pelatih yang masih belajar …

12105919 10204023470301850 1029644201709720626 N

“Pengurusan pihak hospital sangat-sangat buruk ! Kami terpaksa menunggu selama sejam hanya untuk mengetahui keputusan doktor mengenai keadaan sahabat saya itu … Tidak mahu menunggu lama , kami terus berjumpa doktor pelatih yang ada di situ … Sebenarnya kesemua doktor d situ adalah doktor pelatih yang masih belajar …

Di sebabkan darah masih mengalir walaupun telah mendapat jahitan , maka kami ingin mengetahui keputusan doktor keadaan sahabat kami itu … Akhirnya doktor tadi mengarahkan kami utk naik ke tingkat 1 dengan membawa sendiri sahabat kami yang cedera itu menggunakan katil tersebut !”

 

Usung katil sendiri ke tingkat satu menunggu 20 minit, jahitan harus dibuka sebab darah beku belum di cuci..Bedah semula

12115604 10204023471061869 2772509111527970566 N 12141640 10204023471701885 7927271231144482858 N

“Pelik ! Tapi itulah hakikat pengurusan hospital di sini ! Kami mengusung katil sahabat kami ke tingkat satu … Menunggu 20 minit … Setelah itu doktor bawa sahabat kami ke bilik pembedahan … Setelah di periksa doktor memaklumkan bahawa jahitan tadi harus di buka semula memandangkan darah beku masih belum di cuci oleh doktor tadi sebelum di jahit ! Maka pembedahan seterusnya d buat semula … Menunggu setengah jam …

Selepas itu , doktor cek keputusan x-ray … Doktor arahkan kami buat semula x-ray di sebabkan x-ray yang di buat adalah salah ! Kecederaan berlaku sebelah kiri tetapi juru x-ray telah buat scanning pada sebelah kanan ! Saya tepuk dahi campur panas hati ! Kami pun turun semula mengusung sahabat kami tadi ..”

 

Buat semula X ray sebab tadi salah, tunggu lagi 20 minit…Darah masih mengalir..Juru X-Ray tak mahu angkat kerana sudah jadi prosedur..

11206101 10204023472421903 4978129571492970167 N  12141605 10204023472181897 8457519175467345953 N

“Menunggu giliran selama 20 minit lagi … Darah masih mengalir ! Selepas menunggu tiba giliran kami … Kami masuk bilik x-ray … Tunggu juru x-ray minta bantuan angkat sahabat kami kerana kami bukan jururawat dan tidak tahu cara mengangkat mangsa yang cedera … Juru x-ray berkeras tidak memberi bantuan kerana ini sudah jadi prosedur mereka katanya ! Kami berlapan terpaksa mengangkat sahabat kami pindahkan dari katil ker tempat scanning !

Menunggu lagi sejam keputusan x-ray ! Selepas menunggu , keputusan x-ray menunjukkan terdapat sedikit keretakan pada tulang pinggang sahabat kami ! Doktor minta kami naik semula ke tingkat satu ! … Maka kami pun mengusung sahabat kami ke tingkat satu … Sampai tingkat satu , kami serahkan keputusan x-ray tadi kepada doktor …”

 

Tunggu lagi sejam, doktor maklumkan berlaku keretakan maka tak perlu jahit. Usung semula pesakit sendiri

12141642 10204023471261874 7061664554054175328 N

“Menunggu lagi satu jam untuk mengetahui keputusan doktor apa yg kami perlu lakukan seterusnya ! Selepas menunggu doktor maklumkan bahawa apabila berlaku keretakan maka mereka tidak perlu jahit dan terus d bawa ke wad orthopaedic d tingkat bawah ! Kami pun turun semula mengusung sahabat kami ! Pansass !

Sampai di wad tersebut barulah mereka berikan rawatan yang sepatutnya … Alhamdulillah … Itu pun setelah seorang senior doktor mereka datang atas arahan pakcik kepada sahabat saya keturunam India daripada England yang merupakan seorang Naib Cancelor di sebuah universiti di Lucknow …”

 

Berada di Hospital selama 5 jam! Kurang bersih dan layanan kurang mesra…Ramai pesakit terbaring menunggu di luar wad

11224866 10204023470861864 5248623399853357856 N

“Perit , perit dan perit ! Hati saya remuk dan insaf setelah berada di hospital itu hanya selama 5 jam ! Keadaan yang kurang bersih dan layanan yang kurang mesra ! Yer la … Hospital kerajaan … Itu pun kena bayar juga ! D sebabkan kawasan hospital yang tidak cukup juga , ramai pesakit terpaksa terbaring menunggu d luar wad pesakit !

Sebenarnya ada juga hospital yg menyediakan perkhidmatan yg lebih baik dan high class tapi selalunya ia hanyalah hospital swasta … Bayaran sangat mahal !”

 

“Ada terfikir untuk hidup di India membina rumahtangga di sini. Namun selepas malam ini melihat keadaan hospital itu sahaja telah membuatkan saya berfikir berjuta kali”

12118955 10204023470061844 294371548548368310 N

“Ya Allah ! Taubat la saya masuk hospital tu lagi … Apa pun banyak hikmah yang saya perolehi malam ini … Dan pengajaran yang paling besar saya dapat adalah belajar utk bersyukur ! Syukur lahir dan hidup d Malaysia !

Secara jujur sebenarnya saya ada terfikir untuk hidup di India membina rumahtangga di sini … Namun selepas malam ini melihat keadaan hospital itu sahaja telah membuatkan saya berfikir berjuta kali utk menetap d sini !

Allahu ! Syukurrrr ya Allah !

Mohon doakan sahabat saya agar dia cepat sembuh segera !

# saya belanja hasil tangkapan tadi … Lihatlah suasana mereka d sini , bandingkan dgn nikmat yg Allah SWT beri pd kita d Malaysia !

NOTE !”

Sahabat kepada pemuda yang menetap di India ini mengelami kemalangan dan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital kerajaan di negara tersebut memandangkan hospital swasta begitu mahal.

Amat mendukacitakan apabila dia tidak dibenarkan masuk walaupun di ruang menunggu dan terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan gilirannya.

Sistem mereka yang kucar kacir layanan yang teruk, malah keadaan hospital pula kurang bersih. Amat mendukacitakan apabila keadaan hospital itu tidak bersih!

Disebabkan insiden ini, azam Farith untuk menetap di negara tersebut terbantut apabila dia menghadapi situasi yang amat memeritkan ini

 

Bersyukur dengan sistem , pengurusan dan perkhidmatan hospital yang kita ada sekarang ini

12112109 10204023472861914 7919912785169567865 N

‘Minta tlg sahabat² yg baca kisah ini agar baca dengan lapang dada … Saya tidak minta sahabat² bandingkan dengan kerajaan dan pemimpin kita di Malaysia … Kisah ini tiada kena mengena dengan tajuk politik …

Maksud dan tujuan saya kongsikan cerita ini adalah agar perasaan insaf dalam diri kita itu hadir walaupun sedikit dengan dosa² yg kita pernah lakukan … Allah SWT masih sayang kita kerana Allah SWT masih pelihara kita daripada segala kemalangan dan musibah … Allah SWT tidak uji kita dgn ujian yang berat …

Ke duanya agar sifat syukur itu juga sentiasa hadir dalam diri kita … Ramai yg salah faham dengan konsep syukur … Di sini kita kena bersyukur dgn sistem , pengurusan dan perkhidmatan hospital yang kita ada sekarang ini … Perkhidmatan hospital yg kita ada sekarang ini juga sudah cukup baik … Kesilapan dan kekurangan itu tetap ada tapi tidaklah teruk sehingga kita di layan seperti binatang 

Bersyukur tidak bermakna kita redha dengan segala maksiat dan kezaliman akan tetapi sifat syukur ini bermaksud kita menerima dan redha dengan apa sahaja nikmat dan kebaikan yg Allah SWT beri pada kita … Syukur d negara kita masih ada d sediakan hospital utk setiap negeri … Cuba bayangkan Allah SWT tarik nikmat ini d sebabkan oleh orang² yg tidak bersyukur sentiasa merungut dan merasa tidak cukup dgn kebaikan yg Allah SWT beri kpdnya …

Kenapa rasa masih tidak cukup ? Allah SWT janji siapa yg bersyukur maka Allah SWT akan tambah lagi nikmat utknya tapi org yg tidak bersyukur maka dialah orang yg kufur … Maka fikirkan semula adakah kita tidak merasa cukup d sebabkan kelemahan orang lain atau kerana sifat kita yg kufur nikmat ? Jangan lihat orang lain tp kita lihat diri kita sendiri yg lebih utama …”

Bagaimanapun, Farith menegaskan bahawa niatnya berkongsikan kisah ini bukanlah ingin menekankan unsur politik. Dia hanya mahukan kita rakyat Malaysia sentiasa bersyukur dengan sistem hospital di Malaysia ini masih elok.

Biarpun ada kesilapan dan kekurangannya sendiri, sekurang-kurangnya, ia tidaklah seburuk mana yang terjadi di negara tersebut.

 

Baca : “Bukan gaji buta tapi..” – Respon Pedas Doktor Hospital Kerajaan Terhadap Kutukan Gadis Ini..

Vss 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.