Kalau taksub dengan politik, jangan sampai hilang rasa empati terhadap sensitiviti sesuatu isu itu. Memang hak kita untuk bersuara, tapi sebagai seorang manusia yang mempunyai hati nurani, pastinya kita tak nak mendoakan perkara yang tak baik buat seseorang.
Satu gambar tangkap layar yang menunjukkan komen daripada seorang netizen dari TikTok berkenaan video insiden nahas Elmina telah tular di platform X dan mengundang kemarahan orang ramai.
Hitamnya hati tu – Netizen
Dalam komen itu, individu biadab itu berharap agar Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) menjadi salah satu mangsa yang terlibat dalam nahas itu.
Malah ada juga yang berharap agar Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi juga turut berada dalam pesawat ringan tersebut.
Dalam masa 22 jam, perkongsian ini telah meraih lebih daripada 2,800 jumlah perkongsian dan rata-rata netizen terkilan, pelik dan marah dengan sikap individu ini kerana masih memikirkan sentimen politik dalam kes yang mendukacitakan ini.
Kalaulah tak suka pada seseorang seeloknya diam, kalau rasa nak mengecam sekalipun biarlah kena pada tempat.
Baca : Nahas Pesawat Terhempas Di Elmina Ulangi Tragedi 1977 Di Tempat Sama, Ini Apa Yang Berlaku…