in

“Hitam!” – [VIDEO] Sisa Pencemaran Dibuang Ke Sungai di Port Klang, Netizen Minta JAS Siasat

Pencemaran Di Sungai Port Klang Video

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masalah pencemaran air di Selangor ini bukanlah satu hal yang baru kerana sudah zaman berzaman rakyat di negeri ini mendapat kesan buruk hasil daripada pencemaran ini.


Gangguan air sering berlaku di Selangor dan meskipun tindakan tegas telah diambil untuk memberi amaran kepada kilang-kilang ini, perkara yang sama masih juga berlaku.

 

“Tengok la ni, betapa banyaknya pollution waste yang masuk ke sungai” 

Menerusi perkongsian @mrturboprop di TikTok, viral sebuah video yang memaparkan sisa hitam dilihat memasuki sungai yang didakwa di Port Klang.

Video yang diambil daripada aerial view itu juga memperlihatkan keadaan sungai yang tercemar dengan sisa hitam yang didakwa sisa kimia daripada kilang-kilang berdekatan sungai berkenaan.

@mrturboprop

Tengok ni korang….teruk betul pencemaran kepada sungai kita. entah la apa bahan waste kimia tu… Kawasan Port Klang, ada sesiapa cam tempat ni? Nak report kepada badan kerajaan mana eh? #fypシ #portklang #pollutionawareness #pilotview #saveourenvironment

♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Tengok ni korang… teruk betul pencemaran kepada sungai kita entah la apa bahan waste kimia tu. 

“Kawasan Port Klang, ada sesiapa cam tempat ni? Nak report kepada badan kerajaan mana eh?” tulis kapsyen video itu.

 

“Report selagi boleh” 

Video berkenaan telah mengundang rasa sedih dan tidak puas hati netizen yang berharap pemilik video ini membuat laporan atas apa yang berlaku di sungai tersebut.

Pun begitu, ada juga bimbang laporan mengenai hal ini tidak akan membuahkan hasil apa-apa memandangkan ia seringkali berlaku.

Report Pencemaran Air

Apa-apapun sebaiknya kalau nampak pencemaran macam ni berlaku di mana-mana, korang hubungilah pihak berwajib seperti Jabatan Alam Sekitar untuk buat laporan. Kita cegah selagi mampu. 

Baca: Selangor Guna Dron RM2 Juta Pantau Pencemaran Sungai? Ini Fungsinya Yang Korang Kena Tahu

Dron

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.