Antara simptom-simptom yang ditunjukkan oleh pesakit Covid-19 ialah sesak nafas, batuk dan demam. Ada juga pesakit yang tidak menunjukkan simptom langsung. Takut weh, ingatkan sihat rupanya kita juga berkemungkinan dah dijangkiti virus ni.
Namun, menurut The New York Times, hilang deria bau dan rasa juga boleh menjadi simptom dijangkiti virus korona ini.
Kondisi hilang deria bau juga dikenali sebagai anosmia dalam bahasa saintifik manakala kehilangan deria rasa pula dipanggil sebagai dysgeusia.
Simptom ini telah ditunjukkan oleh pesakit yang disahkan positif Covid-19 namun tidak menunjukkan simptom lain seperti sesak nafas.
Perkara ini juga disahkan oleh ENT UK, persatuan pakar bedah telinga, hidung dan tekak bahawa pesakit virus korona di Korea Selatan, China dan Itali juga ada yang menghadapi anosmia.
Jadi, doktor menyarankan individu yang mengalami masalah hilang deria bau dan rasa agar menguarantinkan diri selama tujuh hari agar jangkitan dapat dikurangkan.
Bagus jugak tu, mencegah kan lagi baik dari mengubati.
Baca: “Badan macam terbakar, tekak macam telan kaca” – Pesakit Covid-19 Cerita ‘Seksa’ Kena Jangkitan