in

“Hidup mati game” – Geng ‘Gamers’ Tak Berganjak Dari ‘CC’ Waktu Typhoon, Air Berlumpur ‘Naik’ Pun Tak Peduli!

Ft Gamers Continue Battle Air Banjir Dah Naik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak salah kalau ada minat bermain ‘game’ tapi janganlah terlampau obses sehingga sanggup membahayakan nyawa sendiri. Itu yang berlaku baru-baru ini di sebuah bandar di Filipina ketika sedang dilanda bencana.


Sekumpulan gamers yang sedang khusyuk bermain game di sebuah cyber cafe langsung tidak mempedulikan keadaan sekeliling demi meneruskan ‘battle’ masing-masing.

Menurut Metro, sebuah rakaman ketika kejadian menunjukkan sekumpulan lelaki sedang duduk dan menghadap komputer di sebuah cyber cafe terletak di bandar Cainta di wilayah Rizal.

Gamer2

Gamer3

Kejadian itu berlaku pada Khamis lepas dan meskipun air banjir berlumpur sudah naik hingga kerusi tenggelam separuh, mereka dilihat tetap tenang bermain game.

Pemilik cyber cafe itu, Sio Samson berkata dia sudah cuba meminta semua remaja lelaki tersebut untuk meninggalkan premis kerana risau dengan risiko dibawa arus air atau mati disebabkan renjatan elektrik.

Namun, menurutnya kumpulan remaja terbabit akhirnya beredar dari kedainya selepas dia memaklumkan komputer dan peralatan itu semua perlu dipindahkan ke tempat tinggi.

Kita tidak tahu jika air banjir itu akan naik lebih tinggi pada hari itu, jadi bila ternampak mereka saya segera ambil tindakan dan beritahu yang saya perlu alihkan peralatan ke tempat lebih tinggi.”

Selepas (mereka tahu) video dirakam, mereka berhenti dan pergi (dari premis). Tiada yang tercedera.”

Kata Sio, semua kabel elektrik di kedainya berada di atas paras air dan disambungkan ke soket yang berada di ketinggian paras kepala.

Baca: Hebat! Lelaki Tenang Sambung Makan Kepak Ayam, Walaupun Perompak Acu Pistol Depan Muka

Fi Laki 3

Sumber: Metro
Sumber: Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.