in

Hidap Cerebral Palsy Sejak Kecil, Lelaki Ini Guna Hidung Dan Dagu Untuk Tulis Puisi Istimewa Buat Bapa

f1 tulis puisi untuk bapa guna dagu hidung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap manusia dicipta oleh tuhan dengan kelebihan masing-masing. Walaupun kita tak sempurna kerana ada kekurangan, namun kita tetap ada kelebihan yang tersendiri.

Seperti seorang lelaki di China ini, walaupun dia disahkan menghidap Cerebral Palsy sejak berusia tiga bulan, namun dia mempunyai kelebihan pandai menulis puisi.


Dikenali sebagai Zhang Jiubin, lelaki yang kini berusia 34 tahun ini tidak dapat berdiri, bercakap atau menggunakan tangannya untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti orang lain namun dia mampu menulis puisi dengan menggunakan hidung dan dagunya.

1 5

Memetik laporan South China Morning Post, dia akan menaip menggunakan hidung dan dagunya pada aplikasi memo yang ada pada telefon bimbitnya untuk berkomunikasi dan menulis puisi.

Sehingga kini, dia dilaporkan telah menulis hampir 1,000 puisi dengan menggunakan hidung dan dagunya sejak sembilan tahun lalu.

Bapanya iaitu Zhang Yonggui mendedahkan dalam satu temu ramah bersama media China baru-baru ini bahawa anak lelakinya itu mula belajar membaca ketika berusia 13 tahun.

Artikel Berkaitan: “Siapa potong bawang ni?”- [VIDEO] Impian Nak Naik Lamborghini Tercapai, Pemandu Ini Sebak Dapat Tunai Hasrat Lelaki OKU

Artikel Berkaitan: “Depa cakap cacat” – [VIDEO] Balik Sekolah Menangis, Ibu Dedah Anak Diejek Rakan Kerana Adik OKU

Memang sukar untuk diri Zhang Jiubin membaca atau membelek buku namun dia tidak menjadikan perkara itu sebagai halangan.

Difahamkan, pada mulanya bapanya akan membantunya untuk membelek buku namun lama-kelamaan dia menjadi mahir untuk membelek buku seperti kamus menggunakan dagu beserta hidungnya.

Zhang Jiubin juga mempunyai kerusi roda yang direka khas bersama meja kecil untuk memudahkannya menulis puisi-puisinya.

Lebih mengagumkan lagi, dia juga turut mendapat wang yang agak banyak untuk setiap puisinya yang terpilih untuk diterbitkan di media.

2 3 2

Apa yang membuatkan ramai sebak ialah walaupun Zhang Jiubin tidak mampu memanggil ayahnya dengan panggilan ayah, namun dia telah mendedikasikan sebuah puisi khas untuk bapanya sebagai tanda penghargaan untuk ayahnya yang berusia 67 tahun.

Sumber: South China Morning Post

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.