in

“Hidang air zam zam ke?”- Netizen Perli Arab Saudi Nak Buat ‘Kelab Malam Halal’

Halal Club

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kelab Malam Halal Pertama di Dunia? Macam pelik je bunyi tu. Tapi itulah yang ingin diperkenalkan oleh Arab Saudi di masa hadapan. Memang cadangan ini dapat kritikan dari netizen. Mana tak nya, cadangan ni memang pelik



Tak pasti pulak dari siapa cadangan ni dikeluarkan. Macam mana nak imbang antara halal dan haram dalam kelab malam tu. Netizen pun macam biasalah, ada je idea-idea kreatif. Cuba korang tengok reaksi netizen dekat bawah ni.

Hidang Air Zam-Zam ke tu?

Serius tak boleh brain cadangan ni. Macam kelakar pun ada, macam persendakan agama pun ada. Tak tahu mana satu.

Screen Shot 2019 06 15 At 4.13.58 PmYes, macam tu lah reaksi admin bila dapat tahu Arab Saudi ada plan nak buat benda ni. Apa justifkasi halal tu. Memang susah nak jadi syariah compliance kalau macam ni.

Screen Shot 2019 06 15 At 4.13.28 PmAda saf ke kena rapat-rapat dan luruskan? Imam tu macam mana nanti pasang surah lagu techno ke?

Screen Shot 2019 06 15 At 4.13.40 PmHalal belly dance sounds so wrong. Lain macam betul cara berhibur orang arab ni. Dah macam apa je. Tapi serius idea netizen ni memang kelakar weh

Screen Shot 2019 06 15 At 4.14.46 PmMungkin boleh try buat ni. Solat isya’ lepas tu tahajud secara berjamaah. Pahala 27 kali ganda kot, siapa tak nak tolak. 

Screen Shot 2019 06 15 At 4.28.26 PmWah minum air zam-zam macam minum minuman keras. Menari bukan lagu EDM atau techno, tapi menari lagu nasyid. Sekali dia pasang lagu Raihan tak tahu nak joget ke insaf. 

Cadangan yang sangat merapu oleh Arab Saudi ni memang mengundang kecaman netizen. Tak pasti samada cadangan ni legit atau sekadar nak alih perhatian orang ramai kepada isu yang lebih penting. Apa-apa pun sama-sama kita doakan kebaikkan untuk semua tatkala dunia menghampiri akhir zaman. 

 

Baca: “Kau subuh pun tak nak cakap halal-haram pulak” – Lelaki Ini ‘Sound’ Orang Pasal Isu Bubble Tea

Bbtea

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.