Seorang wanita ddi Filipina dipuji sebagai seorang hero apabila dia bertindak menyelamatkan dua ekor anjing terlebih dahulu sebelum menyelamatkan dirinya sendiri ketika kejadian kebakaran di sebuah bangunan kediaman di Bandar Mandaue, Cebu baru-baru ini.
Menurut laporan dan video TikTok Straits Times, difahamkan, kebakaran itu berlaku di bangunan bertingkat negara itu.
@straitstimes A woman in the Philippines saved her 2 dogs from a raging fire by throwing them to rescuers below before she escaped from the burning building. fire rescue dogs Cebu Philippines StraitsTimes
Artikel berkaitan : Hong Kong ‘Destinasi’ Terbaharu Filem Sheriff, Digemari Selebriti Terkenal Eric Tsang
Artikel berkaitan : “Jumlah kematian meningkat & ratusan dilaporkan hilang” – Ini Kronologi Kejadian Kebakaran Di Pangsapuri Hong Kong
Dalam video yang tular itu, dapat dilihat tangga telah disediakan oleh pasukan penyelamat di luar bangunan untuk menyelamatkan mangsa-mangsa yang terperangkap.
Dapat dilihat dalam video berkenaan juga bahawa wanita itu pada mulanya telah membaling dua ekor anjingnya ke bawah untuk menyelamatkan haiwan-haiwan tersebut sebelum anjing-anjing berkenaan disambut dengan selamat oleh pasukan penyelamat di bawah bangunan.
Apabila kedua-dua ekor haiwan itu berjaya keluar daripada bangunan itu, barulah wanita berkenaan menyelamatkan dirinya dengan menggunakan tangga.
Rata-rata warganet memuji tindakan wanita itu kerana dia mementingkan keselamatan haiwan-haiwannya sebelum menyelamatkan diri sendiri ketika saat-saat genting seperti itu.
Sumber: TikTok Straits Times
