in

‘Hero’ Perang Tentera Ukraine Yang Tembak Jatuh MH17 Tiba-tiba Bunuh Diri

Gdgoudq

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa pun kalau bercakap pasal tragedi hitam dua kapal terbang Malaysia Airlines empat tahun dulu mesti rasa pilu, sedih dan sakit hati kan? Tapi lain pula di negara macam Ukraine ni. Lepas tembak kapal terbang MH17 tanpa rasa bersalah, tentera yang terlibat pulak diangkat jadi ‘hero’ perang di negara dia.


Tapi tak semena-mena lelaki yang jadi dalang kemalangan ni pada 2014 dulu tu tiba-tiba dikhabarkan dah bunuh diri pulak, lapor Berita Harian. Aik dah kenapa pulak ‘hero’ bunuh diri? Memetik BBC News, polis Ukraine dah confirmkan Kapten Vladyslav Voloshyn menembak diri sendiri di rumahnya dekat Mykolaiv, Laut Hitam.

Q
sumber: malaysiakini

Voloshyn ni sebenarnya bukan calang-calang tentera. Dia dianggap wira sebab dah sertai lebih 33 misi ketenteraan dalam menentang pemberontak dekat Timur Ukraine dan pernah pun terima anugerah atas keberaniannya yang luar biasa tu. Oh macam tu…

Tapi mungkin sebab stress orang tuduh-tuduh dia jadi antara suspek utama yang tembak jatuh MH17, Voloshyn pilih jalan singkat untuk tamatkan je nyawa dia. Sebelum ni pun dia dah nafikan sampai siap letak jawatan daripada jadi tentera udara masa dia bertugas di lapangan terbang Mykolaiv.

sumber: twitter

Dalam pada tu, polis Mykolaiv dalam posting di Facebook mengatakan bahawa mungkin kes tu boleh diklasifikasikan sebagai bunuh diri cuma mereka pun masih ragu-ragu dan akan siasat kalau kematian tentera tu boleh jadi ‘pembunuhan terancang’. Uishh scary plakk! 

Macam mana sekalipun, kes kematian ‘hero’ perang Ukraine ini masih dalam siasatan. Harap-harap tak adalah tangan hitam yang cuba nak ‘ubah’ kes ni jadi lain pulak nanti.

Bilalah persoalan tentang MH370 dan MH17 benar-benar akan terjawab? Kita tunggulah satu masa nanti. 

Baca: 5 Tragedi Pesawat Terhempas Menggemparkan Negara dan Masih Kekal Misteri Hingga Kini 

Ddd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.