in

“Henti main isu kaum, fokus selamatkan UM daripada penswastaan” — Liga Mahasiswa UM

liga mahasiswa um

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Liga Mahasiswa UM tampil menyuarakan pendirian agar semua pihak menghentikan permainan sentimen perkauman susulan kontroversi cadangan pemansuhan program matrikulasi oleh Persatuan Belia Baharu Universiti Malaya (Umany), baru-baru ini.

Menurut mereka, tumpuan sepatutnya diberikan kepada isu yang lebih besar iaitu mempertahankan UM daripada sebarang cubaan membawa masuk elemen penswastaan ke dalam institusi awam tersebut.


Liga Mahasiswa menegaskan, jika universiti awam mula dibuka untuk tujuan keuntungan, pendidikan akan menjadi satu keistimewaan eksklusif buat golongan kaya sahaja.

Namun, pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah terpaksa bersaing sengit untuk mendapatkan tempat melalui saluran UPU.

“Sebagaimana kami tidak bersetuju dengan tuntutan terburu-buru oleh Umany, kami juga menolak tindakan pihak tertentu yang cuba membawa isu ini ke arah perkauman.

“Cara berfikir seperti ini sangat sempit dan hanya memecahbelahkan mahasiswa,” katanya.

Artikel berkaitan: UMANY Mohon Maaf, Jelaskan Isu ‘Mansuh’ Matrikulasi Cuma Salah Guna Perkataan

Artikel berkaitan: ⁠Kenyataan Yang Dikeluarkan Oleh UMANY Tidak Mencerminkan Pendirian Rasmi Universiti Malaya – Naib Canselor UM

42cda35d um universiti malaya 7
Universiti Malaya (UM)

Mereka menambah, Umany juga telah pun memohon maaf atas kekeliruan berhubung kenyataan awal mereka yang mencetuskan kontroversi itu.

Susulan kecaman hebat daripada pelbagai pihak termasuk ahli politik, pertubuhan mahasiswa dan pihak pengurusan institusi pengajian tinggi, Umany semalam tampil menjelaskan perkara sebenar.

Jelas Umany, maksud sebenar cadangan mereka adalah untuk menggabungkan program matrikulasi dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) berasaskan sukatan STPM yang diiktiraf secara antarabangsa dan bukannya memansuhkan terus program matrikulasi.

Liga Mahasiswa dalam kenyataannya turut menyeru semua gerakan mahasiswa di UM supaya bersatu dan memberi perhatian penuh terhadap isu kritikal ini demi mempertahankan masa depan universiti awam.

Sumber: IG Liga Mahasiswa UM

Sumber: FMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.