in

“Hendaklah dinilai melalui..”- Sebab Kenapa Kahwin Bawah Umur Satu Keperluan Di Kelantan

Image 7 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini hangat menjadi buah mulut netizen mengenai isu perkahwinan di bawah umur yang berlaku di Kelantan.

Bermacam-macam reaksi yang diberikan, namun begitu Utusan Malaysia semalam ada melaporkan bahawa perkahwinan bawah umur ini menjadi satu keperluan di Kelantan.

Bahkan, tiada ke­perluan untuk meminda umur minimum pasangan beragama Islam di negeri tersebut iaitu 18 tahun bagi lelaki dan 16 tahun bagi perempuan kerana…

 

Selaras dengan hukum syarakTermaktub dalam peruntukan Seksyen 8 Enakmen Keluarga Islam Kelantan 2002


Nikahbawahumur
Sumber : utusan

Melalui satu persidangan  ia wajar dan selaras dengan hukum syarak malah menjadi satu ke­perluan di Kelantan

Bahkan, termaktub dalam satu peruntukan Seksyen 8 Enakmen Keluarga Islam Kelantan 2002 yang membenarkannya tapi dengan syarat mendapat keizinan bertulis mahkamah.

Ini adalah antara tujuh resolusi yang dicapai dalam Persidangan Meja Bulat Perkahwinan Bawah Umur : Penilaian dan Pendekatan Holistik anjuran bersama Kerajaan Pas Kelantan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jheaik) dan Pertubuhan Lepasan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM) di Kelantan beberapa hari lepas.

 

Hendaklah dinilai melalui penelitian menyeluruh daripada aspek…

Persidangan itu juga turut menolak Konvensyen Me­­­ngenai Hak Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCRC) dan Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) yang mendesak agar kanak-kanak berusia 18 tahun ke bawah tidak dibenarkan berkahwin tanpa sebarang pengecualian.

“Dua konvensyen ini tidak sesuai dilaksanakan khususnya bagi orang Islam di Kelantan mengambil kira kebejatan sosial hari ini serta telah wujud­nya mekanisme ketat kawalan perkahwinan bawah umur yang telah diperuntukkan dalam undang-undang dan Piawaian Operasi Standard (SOP) yang digariskan

Kemaslahatan perkahwinan pasangan bawah umur hendaklah dinilai melalui penelitian menyeluruh daripada aspek kerelaan pasangan dan kesedia­an mendirikan rumahtangga seperti kemampuan, emosi, fizikal, mental, seksual, sosial, spiritual, kesihatan, pendidikan, sekufu dan sebagainya,” kata resolusi itu yang dikeluarkan di sini semalam.

Persidangan itu mengumpulkan 80 peserta mewakili pelbagai jabatan dan institusi termasuk perkongsian beberapa panelis antaranya pakar undang-undang.

Antaranya , Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Noor Aziah Mohd Awal; Presiden Persa­tuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar dan Ketua Jabatan Perubatan Keluarga, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. Rosediani Muhamad.

 

Baca : “Dah berniat nak nikahi Ayu sejak dia umur 7 tahun lagi”

Image 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.