“Hebatnya!” – Tidak Boleh Melihat Bukan Menjadi Penghalang Qayyim Nizar Jadi Johan Tilawah Al-Quran

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan baru sahaja melabuhkan tirainya. Untuk edisi kali ini, Qari dari Kelantan, Muhammad Qayyim Nizar telah dinobatkan sebagai Johan.

Apa yang menarik perhatian semua ialah, Qayyim ini memperdengarkan bacaan Al-Qurannya dengan menggunakan Al-Quran Braille, untuk orang buta. Ternyata kekurangan yang dimiliki beliau tidak menjadi penghalang untuk membaca kalam Tuhan dan dinobatkan sebagai juara.

Cuba tengok posting dari IMITS N32 Air Putih di Facebook kat bawah ni.

 

Celik hati

Rata-rata netizen mengucapkan ucapan tahniah kepada beliau. Admin pun terpegun tengok kebolehan beliau walaupun ada kekurangan, tapi celik hati.

Betul, kita yang boleh baca dengan mata ni pun kadang-kadang tajwid tunggang terbalik. Hebat betul Qayyim ni kan. Admin respek!

Admin setuju berita macam ni perlu diangkat. Yang bab faraid tu kita kena ambil tahu gak, baru faham untuk guna masa hadapan nanti. Tapi jangan amik port sangat pasal gosip-gosip selebriti tu, amik yang mana penting je

Tahniah anak muda. Semoga terus istiqamah dalam bidang yang diperjuangkan. Amiinnn.

 

Baca: “Sikap peramahnya dan suka senyum” – Qari Tilawah Al Quran Austria Ini Berkenan Dengan Gadis Malaysia

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fahmy Rosli

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.