Terkenal dengan suaranya yang lunak dan banyak mengajar vokal, Datuk Syafinaz Selamat bukanlah nama asing dalam industri muzik tempatan.
Malah, anak kelahiran Johor ini juga antara penyanyi klasikal pilihan yang sering menerima undangan untuk membuat persembahan klasikal di acara-acara berprestij dalam dan luar negara.
Nama Syafinaz mendapat perhatian netizen selepas videonya memberikan tunjuk ajar kepada salah seorang peserta dalam Akademi Taranum Negeri Sembilan (AKTAR) yang berlangsung baru-baru ini tular di media sosial TikTok.
https://www.tiktok.com/@syafinazselamat.fans/video/7167137137081535771?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7143429470309172738
Perkongsian yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @syafinazselamat.fans itu menerima respon yang memberangsangkan daripada netizen, rata-rata terpegun dan memuji cara Syafinaz atau lebih mesra disapa Tok Naz.
Video berkenaan diambil daripada Instagram peserta akademi tersebut dan dia berterima kasih kepada Tok Naz kerana memberikan ajaran dan teknik yang betul bagi melancarkan taranumnya.
https://www.instagram.com/p/ClECIOcyzSR/
“Terima kasih Datuk atas ilmunya, walaupun secara keseluruhannya tak boleh nak dipraktikkan dalam bacaan Al Quran tapi saya pegang bab teknik pernafasan dan bukaan mulut serta lontaran suara.” tulisnya.
Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan telah menerima hampir 900K tontonan dan lebih 1,500 komen.
Hebat betul lah Tok Naz!