Serangga seperti kupu-kupu dan rama-rama sememangnya terkenal dengan kecantikan sayap mereka yang mempunyai pelbagai warna. Namun, tahukah anda, sayap rama-rama selalunya berwarna coklat atau kelabu untuk mempertahankan diri mereka daripada haiwan pemangsa.
Baru-baru ini, viral di media sosial beberapa keping gambar yang dikongsikan oleh pengguna Twitter Rob Allam. Gambar tersebut dilihat seperti ada tiga ekor ular namun sebenarnya tiga ekor ular itu hanyalah seekor rama-rama yang sedang menyamar!
Attacus Atlas is one of the largest butterflies in the world and lives only for two weeks with one goal in their adult stage: lay eggs and defend them until they hatch while disguised as a snake pic.twitter.com/oc7u2H288X
— Rob (@thegallowboob) October 15, 2021
Menurut Daily Star, rama-rama jenis Attacus Atlas itu merupakan antara spesies lepidoptera yang terbesar dan jangka hayat serangga ini hanyalah dalam masa dua minggu.
Selalunya, dalam tempoh tersebut, mereka akan bertelur dan menjaga telur mereka daripada haiwan pemangsa. Uniknya, mereka mempertahankan telur mereka itu dengan menyamar menjadi ular.
Saiznya pula agak besar, lebih kurang sebesar tangan manusia. Difahamkan, rama-rama jenis ini lazimnya ditemui di kawasan Asia.
Rata-rata netizen juga terpegun dengan kehebatan penyamaran haiwan ini. Kalau tak diperhatikan betul-betul, memang kebanyakan orang akan ingat tu adalah tiga ekor ular di atas pokok.
Ada yang kata kat Malaysia ada rama-rama jenis ni tau.
Sumber: Daily Star, Twitter @thegallowboob