“Hebat mama awak..” – Netizen Puji Didikan Wanita Ini, Anak Pandai Istighfar Ketika Marah

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Itulah pepatah yang sering digunakan apabila dikaitkan dengan anak-anak. Mendidik anak ini bukannya mudah. Lebih duri daripada manisnya, tetapi apabila kena dengan didikannya, maka cerahlah masa depan anak itu. Baru-baru ini tular tentang anak kecil yang baru berusia dua tahun, yang sudah berjaya menghafal 42 surah Al Quran. Sedangkan kita yang sudah dewasa ini pun tidak mampu lakukan perkara itu, tetapi anak kecil ini jauh lebih hebat daripada kita.

Baru-baru ini tular pula tentang anak kecil yang pandai beristighfar ketika sedang marah. Alololo comelnyaa!

Sumber: Facebook

Maream Esabel merupakan anak kepada selebriti, Ally Iskandar dan Farah Lee. Maream baru sahaja berusia 3 tahun dan 4 bulan, tetapi sudah pandai kawal perasaannya apabila marah.

“Cuba teka Maream tengah buat apa”

Menurut Farah Lee, anak comelnya itu sedang beristighfar sambil mengurut dadanya kerana sebelum ini Farah pernah mengajar anaknya agar sentiasa beristighfar ketika marah, dan bukannya dengan menjerit, menangis atau dengan mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya.

Sumber: Facebook

Instead of shouting, nangis or using bad words yang hanya akan bazir tenaga, memenatkan dan boleh hurt others

Kata Farah lagi, Maream marah kerana ibunya itu tidak memberinya jajan. Alololoo!

“Dia nak marah sebab omma tak bagi dia snacking sebab dia kena eat proper meal dulu before snacking

Sumber: Facebook

Farah turut memberitahu, situasi ini jarang sekali berlaku memandangkan Maream masih anak kecil lagi. Menangis dan menjerit atau meraung memang tidak boleh lari dari kehidupan seharian kanak-kanak.

But it’s actually more to nasihat pada omma supaya tak shout or scream bila nak marah Maream”

Perkongsian yang mendapat lebih daripada 2 ribu likes ini mendapat pujian daripada netizen. Rata-ratanya memuji cara didikan Farah dengan mengajar anaknya itu menahan marah sejak kecil. Lebih-lebih lagi cara Maream menahan marah itu sangat comel dan mencuit hati netizen.

Wonderful girl. Good sharing. Tak terfikir pula nak ajar anak-anak cara handle marah. Selalunya bila jadi monster, anak yang nasihat kita balik jangan marah-marah umi”

You have made my day, Maream. Good thing omma ajar awak. Aunty pun kena buat gini. Thanks omma, ingatkan aunty

“Aduh, baru je rasa nak marah tadi. Tengok Maream urut dada sambil istighfar, rasa terpukul pula”

Alahai comelnya.. Kecil-kecil lagi dah pandai istighfar macam tu. Soo cutee!

Baca: Netizen Puji Sikap Sabar Bapa Tetap ‘Cool’ Layan Kerenah Anak Autisme Mengamuk di Mall

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Written by Zarith Sofea

Seorang gadis yang minat membaca dan melayari internet untuk lebih cakna tentang gosip dan berita terkini. Peka dengan keadaan semasa tetapi tidak mudah terpengaruh dengan budaya fitnah yang tidak sihat.