in

Hati-hati! Tayar Myvi Tengah ‘Panas’ Sekarang, Lagi-lagi Dah Nak Dekat Raya Ni

Collage 39

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang pakai Myvi dekat sini? Tolong angkat tangan. Ok, kalau korang pakai Myvi, korang kena jadi extra careful tau, sebab sekarang ni kereta korang tengah ‘hot’ dekat pasaran.


Menurut WORLD OF BUZZlebih 20 Myvi baru hilang tayar dan rim di Pulau Pinang. Dipercayai, kecurian ini dilakukan oleh kumpulan yang sama kerana modus operandi yang digunakan semua lebih kurang.

Mula-mula dorang angkat kereta guna batu bata, lepastu dalam masa beberapa minit je tayar semua dah hilang. Laju buat kerja.

Screen Shot 2019 05 27 At 6.44.29 Pm

Disebabkan dorang ni nak elak dari ditangkap, dorang biasanya akan pilih untuk buat ‘kerja’ ni dekat parking lot rumah flat atau kondo. Lagi-lagi tempat yang takde CCTV.

Tapi, ada netizen cakap Myvi yang dorang park dekat tepi jalan pun kena jugak tau. Yang hairannya, kereta-kereta lagi mewah macam BMW dengan Mercedes takde pulak kena apa-apa!

D

Ekoran dari aduan orang ramai, ketua polis daerah Timur Laut, ACP Che Zaimani berkata pihaknya hanya menerima satu laporan mengenai kes ini pada 5 Mei oleh seorang lelaki yang dua tayarnya dicuri.

Pihak polis menggesa semua mangsa untuk membuat laporan polis supaya mereka boleh mengumpulkan maklumat dan seterusnya menangkap pencuri-pencuri ini.

Kalau korang nak tahu, pekerja kedai tayar percaya yang tayar lama Myvi bernilai RM350 tapi tayar baru boleh dijual sampai beberapa ribu ringgit. Patutlah, dah lah rim dia lawa kan.

So siapa yang pakai Myvi baru tu please hati-hati dan jangan lupa share dekat group sebelah.

 

Baca: “Habislah owner GTR nak jawab apa dengan Myvi” – Hancur Lunyai, Netizen ‘Troll’ Kereta Myvi Yang Kerap Accident

Screenshot 2019 05 28 At 11.58.22 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.