Korang pernah tak alami situasi yang mana tak semena-mena status COVID 19 di MySejahtera tiba-tiba bertukar jadi ‘merah’ (tanda anda positif COVID 19) walaupun korang tak pernah buat swab test atau jadi close contact mana-mana individu?
Situasi ini memang pelik tetapi inilah yang berlaku kepada kakak pengguna Twitter @ctnurhidaya apabila status COVID 19 bertukar menjadi kes positif COVID 19.
https://twitter.com/ctnurhidaya/status/1437232213666402309?s=21
Menurut pengguna Twitter itu, pihak MySejahtera telah membuat kesilapan apabila ada individu dengan nama Nurul Ashikin Abdul Ghani telah menggunakan nombor kad pengenalan kakaknya dan membuat ujian COVID 19 di Johor.
Kakaknya yang kini bertugas di Sandakan, Sabah tidak boleh mengimbas aplikasi tersebut gara-gara kesilapan yang dilakukan individu itu, lapor Kosmo.
“Dorang register guna physical IC”
Lebih mengejutkan, menurut Nur Hidaya, pihak klinik yang melakukan ujian COVID 19 terhadap individu terbabit juga memberitahu yang individu berkenaan telah memberi info peribadi seperti kad pengenalan yang sama seperti kakaknya, cuma berbeza nama bapa.
https://twitter.com/ctnurhidaya/status/1437278095862480897
Walau bagaimanapun, kakaknya dan pihak klinik telah membuat laporan mengenai perkara ini dan menurutnya, kes ini bukan sekadar isu ‘salah key in IC’. Malah perkara ini juga bukanlah pertama kali berlaku dan dibimbangi ia akan berlaku lagi.
Nur Hidaya sempat memberi peringatan supaya kita berhati-hati dengan info peribadi termasuklah kad pengenalan kerana bimbang menjadi mangsa kecurian identiti.
“Benda ni pernah jadi kat saya sis”
Dalam pada itu, ramai di kalangan netizen berkongsi pengalaman yang sama apabila tiba-tiba status MySejahtera berubah jadi merah apabila ada individu lain didakwa menggunakan nombor IC yang sama.
Harap MySejahtera take note akan isu seperti ini. Tak pasal-pasal orang tak ada kena mengena yang terpalit pulak.