Malang buat seorang lelaki apabila niatnya untuk melepaskan telefon bimbit kepada pemilik baru dibalas dengan satu penipuan.
Jumpa dekat tangga sebab gelap
Pemilik akaun @aliffshamrazali mendedahkan dia menjual handphone itu dengan harga RM2,000 kepada seorang pembeli menerusi sebuah laman membeli-belah atas talian.
Selepas bersetuju untuk membeli, mereka memutuskan untuk bertemu secara bersemuka untuk bayar waktu terima, atau cash on delivery (COD).
Ketika ingin memasukkan wang itu ke mesin cash deposit di bank, dia mendapati duit itu asyik tak diterima. Rupa-rupanya wang palsu!
Licik betul orang yang buat kerja ni kan? Pandai betul dia menipu orang.
Kiranya dia cuma dapat RM100 untuk transaksi jualan asal la, kan?
“Juai phone warranty sampai 2020”
Kata Aliff, telefon yang dijual itu termasuk waranti yang akan tamat tahun depan dan beberapa aksesori lain.
Hebat bro Aliff kita ni, dalam ditimpa kesusahan macam ni pun dia masih mampu berfikiran positif.
Biasakan guna online transfer untuk transaksi
Susulan itu, netizen menasihatkan mana-mana pihak yang ingin membeli barangan elektronik mahupun gajet online menggunakan online transfer saja.
Ia bukan saja dapat elakkan penipuan malah tak perlu bawa wang tunai yang banyak.
Sementara itu buat pembeli pula boleh memeriksa kesahihan nombor akaun penjual di laman web Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM terlebih dahulu untuk pengesahan sama ada nombor scammer atau bukan.
Cara untuk kenal pasti duit palsu
Ada juga yang berkongsi cara bagaimana untuk mengenalpasti duit yang kita terima itu duit sebenar atau duit palsu.
Atau lebih mudah kalau bertemu di supermarket atau kafe yang mempunyai mesin UV scanner yang dapat kesan duit palsu atau tak.
Baca: “Patutlah orang kena scam…”- Gadis 19 Tahun Penjenayah Paling Cantik, Dikehendaki Pihak Polis