in

Harumkan Nama Malaysia, Anak Buah Siti Nurhaliza Bawa Pulang Pingat Emas Dalam Pertandingan Nyanyian Antarabangsa WCOPA

Siti Nurhaliza

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anak saudara kepada penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza iaitu Umai telah mengharumkan nama negara selepas remaja berusia 13 tahun itu berjaya meraih pingat emas dalam pertandingan nyanyian antarabangsa, World Championships  of Performing Arts (WCOPA) dalam kategori Junior Vocal di Amerika Syarikat.


Kemenangan Umai atau nama sebenarnya Ummi Umairah itu telah dikongsikan juga oleh Datuk Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan TokTi oleh peminat-peminatnya menerusi Instagram Story.

Whatsapp Image 2024 07 06 At 1.59.01 Pm

Artikel Berkaitan: “Jangan meninggi diri ye…” – Berduet Dengan Cakra Khan, Siti Nurhaliza Titip Pesan Buat Umai

Artikel berkaitan: “Pelapis TokTi!” – Vokal Luar Biasa, Netizen Kagum Dengan Bakat Anak Buah Siti Nurhaliza

Difahamkan, dalam pertandingan itu, Umai telah menyanyikan lagu A Natural Woman oleh Aretha Franklin.

Anda boleh tonton persembahan Umai ketika acara pertandingan itu di Instagram Umairah_sairahtarudin. Memang persembahan yang bertenaga dan merdu dari Umai!  

Sumber: Instagram umairah_sairahtarudin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.