in

“Hari ni saya tolong abang, esok Allah tolong saya” – Mekanik Dipuji Baiki Motosikal Keluarga Kecil Pukul 1 Pagi

mekanik baiki motosikal keluarga 1 pagi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tindakan seorang mekanik yang sanggup turun ke jalanan untuk membaiki motosikal seorang pelanggannya ketika di luar waktu bekerja meraih pujian netizen.

Dia yang berkongsi pengalaman menyentuh hati itu di laman TikTok berkata, pada awalnya dia menerima panggilan daripada seorang lelaki yang mengatakan rantai motosikalnya putus manakala sprocket hadapan telah hilang dalam perjalanan pulang ke Bukit Jalil.


Mekanik itu memaklumkan dia hanya bertugas sehingga pukul 10 malam sahaja dan tidak melakukan servis 24 jam.

Namun, apabila mengetahui lelaki itu bersama seorang isteri serta dua anak kecil, dia terus meminta pelanggan itu berkongsi lokasi.

Artikel berkaitan: Tertarik Tengok PM Timor-Leste Menyapu Tepi Jalan, Ramai Luah Rasa Teringin Melawat Negara Itu

Artikel berkaitan: “Etika main mercun di rumah kami” – Tindakan Sekeluarga Bersihkan Lorong Lepas Main Mercun Dipuji

Penunggang motosikal itu sempat bertanya kepadanya mengenai anggaran bayaran yang dikenakan. Disebabkan tidak mempunyai wang yang mencukupi, bapa kepada dua orang anak itu mahu membatalkannya namun ditolak mekanik tersebut.

“Jangan macam tu abang. Tak apa abang bayar RM30 dulu, selebihnya hujung bulan nanti.

“Aku dah tak fikir apa-apa, memang terus bersiap dan gerak ke tempat abang itu. Aku pernah rasa situasi apabila duit cukup-cukup untuk keluarga,” tulisnya di ruangan kapsyen.

@minyakhitamjalanan_

Cerita pukol 1pagi, aku dapat msj dari abg ni mintak tolong.. Abg: Assalamualaikum abg boleh tolong saya ke rantai saya putus & spoket depan hilang, saya nak balik bukit Jalil ni abg.. 🧑‍🔧: w’asalam abg, saya tak buat 24jam abg, last 10malam sahaje abg, maaf sgt² abg tak dapat tolong.. ” Lepas tu dia hantar gambar motor dia, aku tgok ade budak 2org atas motor, aku terus wsp balik abg ni” 🧑‍🔧: abg bagi location, nanti saya tye budak saya.. Abg: abg nak tye dulu barapa harga kalau semua sekali? 🧑‍🔧: spoket depan rantai siap upah datang dalam 140 abg Abg: takpe la abg, tak jadi saya pun ade 30 je tengah bulan ni abg, saya cube cara lain 🧑‍🔧: jgn macam tu abg, abg bawak anak kecik tu dah pukol 1pagi ni, takpe abg byr je 30 tu yg lebih hujung bulan abg byr la dekat saya.. ” Aku dah tak pkir ape, aku siap² terus jalan pegi dekat abg ni, sampai² je jalan situ mmg takde org lansung & abg tu plk bagi salah location 😅 aku sebelah kanan dia sebelah kiri.. selamat la kereta takde langsung aku buat kjer tengah-tengah jalan.. aku pernah rase bila duit cukup² untuk family 🥹” #fyp #masukberandafyp #alhamdulillah

♬ original sound – romiez – romiez

Selepas baiki, tak kenakan caj bayaran

Dalam video itu, mekanik terbabit memaklumkan kepada lelaki tersebut tidak perlu membayar kos kerosakan kerana sudah dibayar menggunakan duit infaq yang disedekahkan orang awam.

“Abang tak perlu bayar, ada duit infaq. Abang boleh balik. Hari ini saya tolong abang, esok Allah tolong saya.

“Saya tengok gambar anak abang saya terfikir. Saya panggil kawan untuk datang. Hati-hati bang balik. Saya fikir anak abang ni,” katanya dalam nada sebak sambil memeluk lelaki itu.

Perkongsian video terbabit menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen. Rata-ratanya memuji dan berterima kasih atas keprihatinan mekanik terbabit.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.