Pelakon terkemuka, Ellie Suriaty memberikan sokongan moral buat aktor Kamal Adli di media sosial miliknya dan perkara itu dinyatakan susulan kes sebutan cerai di mahkamah semalam.
Dalam perkongsian tersebut, dilihat Ellie berkongsi keratan berita daripada sebuah portal hiburan berkenaan dengan perjuangan Kamal dalam mempertahankan rumah tangganya bersama pelakon Uqasha Senrose.
Artikel berkaitan : Uqasha Tepis Dakwaan Larang Kamal Adli Jumpa Anak
Artikel berkaitan : Kamal Adli Sudah Dua Bulan Tidak Jumpa Anak, Tetap Pendirian Mahu Pertahankan Perkahwinan
“Allah SWT maha segala, Hari Lelaki Sedunia buat adikku yang baik Kamal Adli.”
Ucapan hari lelaki sedunia itu ditujukan khas buat Kamal Adli dan Ellie menyifatkan Kamal sebagai seorang lelaki yang baik.
Sebelum ini, Uqasha telah memfailkan permohonan cerai pada 1 Oktober lalu, manakala prosiding pertama berlangsung pada 22 Oktober lalu.

Prosiding seterusnya dijadualkan pada 19 Disember ini dan akan membabitkan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi menyelesaikan pertikaian antara mereka.
Untuk rekod, Kamal dan Uqasha berkahwin pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira yang berusia 18 bulan.
