Berita baik untuk peminat piza daripada Pizza Hut! Pencipta Pan Pizza ikonik dan Stuffed Crust Pizza kegemaran ramai seluruh dunia ini tampil dengan ciptaan kerak baharu yang bakal mengukir sejarah dan mengangkat kelazatan piza ke suatu tahap lebih tinggi.
Setelah bertahun dalam dibangunkan, akhirnya terhasillah kerak piza jenis Hand Crafted San Francisco tebaharu ini yang memberikan citarasa lembut dan ringan, garing di luar dan gebu di dalam yang pastinya menggembirakan para pencinta pizza terkini.
Difahamkan, penghasilan kerak terbaru ini adalah disebabkan peningkatan citarasa dan selesa semasa terhadap makanan jenis ‘artisanal’ dan autentik dalam kalangan generasi muda.
“Kami mahu pastikan setiap pengalaman menikmati pizza adalah mudah dan enak untuk semua lapisan masyarakat”
Menurut kenyataan Pizza Hut, kerak Hand Crafted San Francisco Style Pizza ini disediakan segar setiap hari menggunakan doh jenis sourdough yang melalui proses penapaian yang panjang bagi mengubah rasa dan tekstur pizza ini. Secara tak langsung, ini bakal menghasilkan kerak piza yang unik, garing di luar namun lembut dan ringan pada setiap gigitan.
“Teknik pembuatan yang inovatif ini mengangkat kerak piza jenis nipis yang biasa terdapat di pasaran menjadi satu-satunya kerak enak luar biasa dengan kesedapan yang unik”
Menurut Ketua Pegawai Pemasaran Pizza Hut, Emily Chong, sempena dengan pelancaran piza ini, sebuah kempen kreatif berkait dengan keinginan untuk bercuti dan berjalan jauh telah diadakan oleh Pizza Hut.
Ini akan memberikan peluang kepada rakyat Malaysia untuk manikmati ‘percutian; dan pengalaman travel menerusi deria rasa dan selera dengan adanya Hand Crafted San Francisco Style Pizza yang terbaru ini kerana kelazatan kerak ini akan memberikan rasa yang seakan-akan anda bercuti atau makan angin ke tempat yang baharu.
Selain itu, sebanyak 10,000 ‘Pek Travel Pizza’ akan boleh dimiliki dengan harga serendah RM1.90 dan ianya dijual pada 14 hingga 16 Ogos 2021 pada jam 3 petang untuk waktu yang terhad. Difahamkan, ianya hanya bakal dijual dalam masa satu jam dan berdasarkan ‘siapa cepat, dia dapat’.
Pembelian dengan harga pengenalan ini boleh dibuat di laman web ini
Sementara itu, Hand Crafted San Francisco Style Pizza ini sudah mula dijual di kesemua 418 kedai Pizza Hut seluruh negara, melalui khidmat penghantaran atas talian dan juga perkhidmatan bawa pulang dari www.pizzahut.com.my, aplikasi Pizza Hut, GrabFood dan lain-lain.
Promosi untuk kerak baharu ini juga turut tersedia dengan promosi khas diskaun 50% sempena pelancaran. Pemesanan boleh dilakukan di sini.