Pereka kandungan yang terkenal dengan video-video awesome, Sofyank baru-baru ini ditimpa masalah di Singapura apabila begnya hilang dan meminta penumpang yang tersalah ambil backpacknya tersebut memulangkannya semula.
Menurut ciapannya, beliau yang menaiki penerbangan FlyScoot ke Singapura dari Malaysia, tiba pada jam 10.50 malam dan beliau meminta pengikutnya untuk kongsikan ciapannya dan menggunakan ‘kuasa viral’ agar begnya ditemui semula.
Dalam bebenang tersebut, Sofyank telah menjelaskan lebih lanjut deskripsi begnya iaitu berwarna hitam dan mengandungi pelbagai barangan penting seperti dompet, laptop dan cakera keras yang mengandungi beberapa projek dan video yang belum diterbitkan.
In this backpack, I have my wallet, laptop, and hard disk containing unpublished project files and videos. The bag was last seen at Singapore Changi Airport. If anyone receives a notification about a missing AirTag for Sofian’s wallet, please assist me in locating it ??? pic.twitter.com/VKynNXGOg5
— sofyank96 (@sofyank96) May 25, 2023
Difahamkan, beg berkenaan kali terakhir dilihat di Lapangan Terbang Changi dan melalui notifikasi AirTag yang ada di dompetnya, ia tidak bergerak dan dia sudah ke bahagian kehilangan dan penemuan untuk memfailkan laporan.
Tambahnya, dia mendapati ada sebuah lagi beg yang seakan-akan begnya ada di sana dan mempercayai penumpang tersebut telah tersalah ambil beg kepunyaannya.
Sejam kemudian, lokasi AirTag tersebut tidak berubah dan dipercayai penumpang tersebut telah menaiki penerbangan sambungan ke destinasi berikutnya.
Menurut Sofyank, dia hanya akan menerima kemaskini lokasi berkenaan sejurus perantinya menerima liputan daripada mana-mana peranti iOS berdekatan dan ketika ini, peluang untuk mendapatkan begnya semula agak tipis namun sangat berharap agar dia berjaya mendapatkan semula cakera keras miliknya.
Baca : “Semat woo!” – Netizen ‘Excited’ Tengok Sofyank ‘Teleport’ Paul Rudd Ke KLCC