Tidak mustahil dalam melakukan sesuatu perniagaan pastinya akan ada yang mempertikaikan harga walaupun sudah dijual dengan harga yang murah.
Malah ada juga mulut-mulut bisa yang akan memperlekehkan perniagaan kita kerana di mata mereka nampak mudah tanpa fahamkan situasi peniaga.
Artikel Berkaitan : Netizen Puji Zara Zya Bantu Peniaga Berbangsa India, Borong Habis ‘Cotton Candy’
Artikel Berkaitan : “Semua tak boleh makan” – Wanita Kesal Peniaga Tak Jujur, Terkejut Dapat Ikan Dah Busuk
“Kadang-kadang tak balik modal pun”
Situasi seperti ini terjadi kepada seorang peniaga Popia Sira, Haliza Marsal apabila ada netizen mempertikai harga jualannya yang bernilai 80 sen itu mahal.
Untuk tahun 2023 yang mana harga serba naik, pastinya ia membuatkan Haliza terpanggil untuk memberikan penjelasan secara terperinci kenapa meletakkan harga sebegitu biarpun agak tidak logik harga serendah 80 sen itu dikatakan mahal.
Jelas Haliza dia terpaksa membawa anaknya berniaga, beli barang dan meredah hujan panas setiap hari. Dalam video tersebut dilihat dia bersama suami dan anak dalam kenderaan yang keadaannya tak berapa elok.
“Demi menjaga kualiti sayur selepas tutup gerai di Uptown Kota Dame, kami terus pergi beli barang-barang sayur pukul 2 pagi ye,” ujar Haliza.
Dalam pada itu, ketika proses pembuatan popia itu, pasti ada yang rosak dan tak boleh makan, kadangkala ia tidak membawa pulangan modal pun.
Malah Haliza turut menegaskan bahawa kuih popia yang dia jual itu adalah buatan hasil air tangannya sendiri. Dengan rendah diri, Haliza memohon maaf kepada mana-mana pihak yang kurang senang dengan harga yang ditetapkan itu.
“Popia-popia kami semua homemade dan kami goreng panas-panas di gerai, maaf mana yang rasa 80 sen tu terlalu mahal.”
https://www.tiktok.com/@halizamarsal/video/7288606851179105537?_r=1&_t=8gR9omkwtw9
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang anggap harga yang diberikan itu sudah dikira murah dan ada juga netizen yang akan sokong perniagaannya seandainya kualiti yang diberikan elok tanpa mengira harga.
Dalam masa yang sama, ada yang sebak melihat kegigihan Haliza membawa anaknya ke mana-mana demi mencari rezeki.
Semoga Haliza dimurahkan rezeki dan perniagaan laris, Amiinnnn.
Sumber: TikTok