in

“Haram, Islam tak benarkan bahagian sulit diperiksa untuk tengok kedatangan haid” – Mufti

Collage 45

Baru-baru ini, kecoh di media sosial bila ramai wanita yang boleh relate dengan perbuatan guru, warden asrama atau pengawas yang membuat pemeriksaan secara fizikal terhadap pelajar perempuan bagi membuktikan mereka benar-benar datang bulan.

Dikatakan, “amalan” ini dah berlaku sejak 20 tahun lalu di banyak sekolah sehinggalah hari ini. Antara pemeriksaan yang dibuat adalah dengan melakukan calitan pada kemaluan dengan kapas, tisu atau jari atau meraba pada bahagian alat sulit untuk check betul atau tak pakai tuala wanita.

Ekoran tular isu ini, ramai telah tampil ke hadapan untuk menceritakan pengalaman mereka serta meluahkan rasa malu dan diaibkan dengan pemeriksaan seperti itu.

Oleh kerana ini, Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor telah mengulas mengenai isu ini dan mengatakan yang sesiapa pun tak wajar memalukan seseorang dengan memeriksa bahagian sulit individu dengan apa-apa alasan sekalipun.

941703

Agama Islam melarang keras umatnya melihat aurat orang lain walaupun dengan alasan untuk melaksanakan kewajipan yang dituntut seperti untuk menghalang seorang pelajar perempuan daripada berdalih untuk meninggalkan kewajipan solat.”

Tambahnya lagi, walaupun solat lima waktu itu wajib untuk setiap umat Islam, namun ia tak bermakna pelajar sekolah boleh diperlakukan sedemikian.

Islam juga memerintahkan ibu bapa atau waris kanak-kanak membiasakan mereka menunaikan kewajipan ini sejak kecil lagi.

Tetapi ini tidak bererti Islam membenarkan kanak-kanak diperlakukan dengan tindakan-tindakan yang boleh memalukan mereka seperti memeriksa bahagian sulit mereka untuk memastikan sama ada mereka kedatangan haid atau tidak.”

0000004989

Mufti ini juga turut menegaskan yang perbuatan ini adalah haram menurut Islam kerana ia dianggap menceroboh kehormatan seseorang.

Tiada siapapun dibenarkan melihat aurat seorang perempuan selain suaminya yang sah.”

 

Baca: “Guru dan pengawas periksa seluar dalam kami” – Pelajar Kongsi Detik Jijik & Memalukan Ketika ‘Spotcheck’ Datang Bulan

Pelajar

Sumber: Borneo Post