in

“Guru dan pengawas periksa seluar dalam kami”- Pelajar Kongsi Detik Jijik & Memalukan Ketika ‘Spotcheck’ Datang Bulan

Pelajar

Sampai waktu solat, semua pelajar wajib melakukan solat jemaah, bagi pelajar lelaki sudah semestinya tiada alasan untuk tunaikannya, lagipun ia memang dah jadi satu perkara wajib pun kan.

Tapi lain pula dengan pelajar perempuan yang mungkin tengah ada halangan kerana kitaran haid atau bahasa mudah dia datang bulan, dari situ mereka kena lalui pemeriksaan dengan menggunakan beberapa kaedah yang agak menjijikkan serta memalukan.

Rasanya majoriti daripada kita akan tahu dan pernah lalui ketegasan disekolah, ia biasanya berlaku ketika waktu kelas, kem motivasi, dan di dalam asrama.

 

Kena tunjuk bukti kalau tengah datang bulan

0000004989

Sebelum ini, insiden sebegini dikongsikan oleh seorang wanita di Twitter  menceritakan detik dia dimalukan dengan perbuatan-perbuatan ini.

Antara perbuatan yang selalu mereka lalui adalah, meraba kemaluan, kena calit dengan kapas, tisu atau jari bagi membuktikan mereka memang tengah datang bulan.

Amalan seumpana ini selalunya akan kerap berlaku di asrama wanita. Ramai netizen anggap perbuatan ini patut dihentikan.

Menerusi MalaysiaKini, beberapa individu yang namanya telah diubah untuk melindungi identiti kongsikan detik-detik spotcheck yang memalukan ini yang membuatkan kita jadi geram.

 

Kena raba, terpaksa pakai pad sama sebab nak simpan kesan haid bagi mereka percaya.

Semasa di sekolah, Siti yang kini sedang belajar di universiti menceritakan detik dia diraba kerana nak buktikan yang dia tengah haid.

“Kadang-kadang, mereka akan beri kami sehelai kertas atau tisu, minta kami ke tandas dan tunjukkan darah haid kami,”

“Saya ingat pada satu ketika, mereka minta kami berkumpul di padang bola.

“Guru dan pengawas mesti periksa seluar dalam kami satu persatu dengan meraba belakang kami. Ia agak mengaibkan dan saya merasa sangat menjijikkan.”

Seorang gadis bernama Adriana pula menceritakan bahawa pada umurnya 13 tahun pengetahuan yang sedikit mengenai kitaran haid menyebabkan dia tidak dapat membezakan antara keputihan normal dan darah haid.

“Senior yang bertanggungjawab menyangka saya berbohong dan memaki saya, bersama dengan senior lain.

“Saya trauma dan sejak itu, saya akan gunakan semula tuala wanita yang sama sepanjang hari untuk memastikan ada darah.

“Bila diingat semula, sangat menjijikkan sebab saya kena gunakan tuala wanita yang ada darah sejak hari itu, hanya untuk buktikan yang saya dalam haid.”

 

“Gatal sangat nak masuk k**e?” – Ustazah sekolah

Ada seorang wanita ceritakan semasa dia sekolah dan pada waktu itu dah masuk solat Zohor dan biasalah ada pemeriksaan.

“Jika ustazah yang bertugas, lebih baik kita lari dan sembunyi, jika tidak, dia akan heret kita ke tandas dan buatkan kita ‘menyapu darah kita’ di tisu.

“Kalau ada yang pakai tampon, dia akan malukan mereka, dengan tanya gatal sangat nak masuk k**e? Kata-kata tu menyebabkan saya tidak menggunakan tampon sehingga berusia 20-an.”

 

Desak pelajar yang haid tak teratur

“Kami akan beratur di luar tandas, tunggu giliran dan satu atau dua orang anggota ‘skuad’ akan periksa bahagian vagina. Selalu hanya melalui kain kami, tapi itu pun rasa sangat pelik.”

Wanita yang dikenali sebagai Ash ini, mengalami haid yang tak teratur, lepas tu ada ‘skuad agama’ yang memang jadi rutin mereka sasar pelajar yang duduk di luar surau sekolah untuk spotcheck ini akan mendesak dan mengugut tanggal seluar dalam.

“Kadang-kadang mereka panggil saya keluar, empat atau lima daripada mereka akan kerumun saya dan mereka malah mengugut akan paksa saya tanggalkan seluar dalam saya.”

 

Masih berlaku sampai sekarang?

Menurut salah seorang responden, junior di sekolahnya berkata kaedah mengambil ‘calitan haid’ itu untuk buktikan mereka boleh skip solat  masih berlaku.

“Ramai daripada kami, ketika masih junior dipaksa meramas tuala wanita yang berlumuran darah kerana disyaki kami tidak membuangnya dengan betul. Itu masih menghantui fikiran saya sampai sekarang.”

Mulut cikgu celupar cakap mengandung

“Yang selalu datang haid dan tidak datang (spot check) pasti mengandung,” kata seorang warden di sekolah, menurut Jana.

“Waktu itu kami baru berada di Tingkatan 1 dan kata-katanya sangat menyakitkan.” – Jana

 

Ganggu privasi wanita, dah buat gangguan seksual, membuli dan ganggu emosi.

Pelajar Sekolah Menengah Fmt 200219 1

Pakar obstetrik dan ginekologi dan Pendidikan Perubatan (Pengajaran Klinikal) dari Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM, Dr Harlina Halizah Siraj berkata tindakan sedemikian mengganggu privasi wanita.

“Sebagai pakar obstetrik dan pakar sakit puan, saya percaya seorang perempuan muda tidak harus membuktikan yang dia mengalaminya (kedatangan haid).”

Dalam pada itu Penegrusi Bri Guaman dan Pembangunan Komuniti Wanita PKR Fadhlina Sidek anggap bahawa tindakan raba-raba itu adalah ganggu seksual, manakala tindakan meminta menunjukkan tuala wanita berdarah sebagai bukti haid itu adalah membuli, buka aib dan ganggu emosi.

 

Baca : “Perut tak buncit, haid mcm biasa” – Gempar di Indonesia Wanita Baru Tahu Diri Hamil Tapi Beranak 1 Jam Kemudian!

Baby 2

Sumber: Borneo Post