in

Haqiem Stopa Mengaku Tidak Bersalah Simpan Video Lucah Ex Girlfriend, Berdepan Hukuman Penjara 3 Tahun

Ft Haqiem Stopa Didakwa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang TikToker terkenal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang hari ini atas satu pertuduhan menyimpan gambar dan video lucah bekas kekasihnya dalam dua telefon bimbit.

Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 22 atau lebih dikenali sebagai Haqiem Stopa di media sosial telah didakwa menyimpan gambar dan video lucah seorang wanita berumur 21 tahun di dalam galeri telefon bimbit jenama Iphone 13 Pro Max dan Iphone 7 Plus miliknya di sebuah rumah di Rawang pada 4.30 petang, 9 Disember lalu.


Haqiem Stopa001 E1671001822711

Menurut Harian Metro, Haqiem dituduh mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan, sekiranya bersalah Haqiem boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 3 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

1725494

Dalam pada itu, Timbalan Pendakwa Raya Anis Farhah Ahmad Hilmi telah mencadangkan jaminan sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin manakala, peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Mohd Faiz Fahmy Abdul Razak yang mewakili tertuduh telah memohon agar jumlah jaminan tersebut direndahkan kerana Haqiem perlu menanggung ibu bapanya yang telah uzur.

Oleh itu, Majistret Nur Hafizah Rajuni membenarkan agar nilai jaminan diturunkan kepada RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan kes pada 23 Februari tahun depan.

Untuk rekod, 10 Diember lalu, dilaporkan bahawa lelaki itu ditahan polis pada hari Jumaat kerana disyaki ugut sebar gambar lucah bekas kekasihnya.

Baca : Ugut Sebar Gambar Lucah Bekas Kekasih, Ikon Permotoran Ditahan Polis

Cats 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.