in

“Hanya satu jalan keluar masuk” – Sami Ini Tinggal Seorang Diri Di Kuil Paling ‘Lonely’ Di Tibet

Hanya Satu Jalan Keluar Masuk Sami Ini Tinggal Seorang Diri Di Kuil Paling Lonely Di Tibet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi sesetengah orang, keadaan sekeliling yang betul-betul senyap adalah environment paling ideal kerana ia membolehkan seseorang itu berehat dengan sebenar-benarnya. Tapi, bagi beberapa individu lain pula, kalau suasana sunyi yang amat, rasa kurang senang mula memakan diri dan mereka ini lebih gemarkan suasana hiruk-pikuk ibu kota.


Membawa maksud ‘batu di atas gunung’ dalam bahasa Tibet, Rituo sering dikenali sebagai kuil paling lonely di Tibet. Terletak di atas bukit, di atas sebuah tanah yang bersaiz agak kecil di Tasik Yamdrok iaitu salah satu tasik suci di Tibet, kuil ini menjadi rumah bagi hanya seorang sami yang menghabiskan masa lapangnya dengan bertafakur dan membaca sutra.

Dianggap sebagai salah satu ‘hidden gems’

0 China Tibet Yamzhog Yumco Lake Temple Landscape Cn E1618106403757

Hanya dihubungkan dengan satu jalan keluar dan masuk, nama Kuil Rituo ini juga diinspirasi daripada sebuah batu yang berusia ratusan tahun yang tertanam di sini. Difahamkan, batu tersebut mempunyai kuasa untuk menyembuhkan semua jenis penyakit.

Walaupun kuil ini boleh dianggap terletak di middle of nowhere, ia kaya dengan sejarah berusia 700 tahun dan dianggap sebagai salah satu hidden gems di negara berkenaan. Beberapa pelancong bertuah yang datang melawat berkata kawasan ini sangat tenang dan sunyi. Malah, ia turut dikelilingi pemandangan alam semulajadi yang cantik.

Antelop E1618106504207

Selain itu, ada juga pelancong yang mengatakan jika anda berdiri betul-betul di atas Kuil Rituo, anda boleh melihat sekumpulan antelop Tibet berlari bebas dan sejenis spesies angsa berenang di tasik. Suasana waktu malamnya juga dikatakan sangat cantik kerana langit di situ akan dipenuhi bintang-bintang.

Tidak gila dengan hidup sendiri kerana kuasa iman

Rituo E1618106533159

Dikenali dengan nama Ahwang Pincuo, satu-satunya sami yang tinggal di kuil ini rupanya memang datang daripada generasi sami-sami yang sudah menjaga Kuil Rituo semenjak ratusan tahun lamanya.

Dikhabarkan, jika Ahwang Pincuo meninggal dunia, akan ada sami lain pula yang akan menggantikan tempatnya dan tinggal di kuil paling lonely di Tibet ini.

Jika anda tertanya-tanya, apakah sami ini tak terkesan dengan keadaan yang terlalu sunyi di sekelilingnya? Yelah kan, kawasan sekeliling pun takde sesiapa duduk. Bandar terdekat pula katanya terletak 100 batu jauhnya!

Haa… jawapan bagi persoalan anda itu adalah dengan kuasa iman dan pegangannya, sami ini dapat mengelakkan dirinya daripada menjadi gila kerana hidup bersendirian di kuil.

Kuil E1618106567555

Walaupun dianggap sebagai salah satu hidden gems di Tibet, Kuil Rituo tidak mendapat ramai pelancong berbanding kawasan tumpuan lain. Ini kerana faktor geografinya yang terpencil.

Untuk info, Tibet juga merupakan ‘rumah’ bagi gunung paling tinggi di dunia iaitu Gunung Everest.

Sumber: Oddity Central, Daily Star

Baca: Tikus Dilayan Seperti Raja? Ini 5 Tempat Pelancongan PELIK & GILA Di Seluruh Dunia

Pelik E1618106276437

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.