in

“Apa salah saya sampai di label nusyuz” – Bekas Isteri Da’i Farhan Cerita Situasi Sebenar Lepas Didakwa Nusyuz

Feature Image Jawab Balik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ni, tular dekat Facebook mengenai Da’i Farhan yang telah menceraikan isteri pertamanya yang dikenali sebagai Fatin Nurul Ain.


Bbabn
Sumber: facebook

Fatin juga didakwa oleh bekas suaminya itu bahawa dia telah berlaku nusyuz dan memfitnah.

Terbaru, mungkin kerana tidak mahu keadaan menjadi lebih keruh, Fatin telah membuat satu kenyataan di Facebook miliknya menjelaskan situasi sebenar.

Image From Ios
Sumber: facebook

“Alhamdulillah, Allah memberikan kekuatan pada diri saya untuk menerima ketentuan dari Allah ini iaitu bahtera rumahtangga yang dibina kerana Allah dan restu ibu bapa pada 19 February 2015 berakhir dengan lafaz talak satu melalui audio aplikasi WhatApps pada 3 December 2019.”

Fatin mengakui telah diceraikan pada 3 Disember 2019 dengan menggunakan voice note aplikasi whatsApp. Dia turut menerima ketentuan takdir yang menimpanya ini setelah berumah tangga hampir 5 tahun.

Tujuan dia menulis ini adalah kerana ingin mempertahankan maruah dirinya apabila dia telah di dakwa berlaku nusyuz oleh bekas suaminya itu.

Dia turut menegaskan bahawa tidak pernah ingkar atau melakukan apa-apa tindakan yang boleh menjerumus kepada nusyuz.

Bukan hanya satu pihak membuat dakwaan dan terus membuat hukuman sesuka hati.

Tambahnya lagi, kalau betul dia berlaku nusyuz, kenapa dia tidak di bawa ke mahkamah syariah bagi mendapat keadilan yang sepatutnya.

“Tuntutan sabitan nusyuz yang difailkan dengan alasan isteri tidak mentaati suami, pihak mahkamah terlebih dahulu akan mengeluarkan perintah kembali taat dalam tempoh yang sesuai kepada pihak isteri.”

“Jika tempoh masa yang diberikan itu berakhir tetapi isteri masih tidak menuruti perintah mahkamah itu, barulah mahkamah mengistiharkan atau mensabitkan isteri itu nusyuz.” katanya.

Dia turut berasa kecewa apbila dilabel sebagai isteri yang nusyuz tanpa melalui proses pengadilan yang sepatutnya.

Fatin turut berkata, penulisannya ini juga adalah bagi mempertahankan maruah dirinya dan juga keluarga. Tambahan pula, dia telah diceraikan oleh bekas suaminya itu tanpa bertentangan mata dan melalui saluran yang betul.

Menjawab pula mengenai laporan polis.

Bagi mengelakkan rasa dirinya terancam dan perasaan takut, dia telah membuat laporan polis setelah menerima saranan daripada ahli keluarga.

“Segala laporan tersebut saya sendiri yang menyatakannya kerana sayalah orang yang mengalami dan melaluinya.”

Fatin turut berharap supaya netizen menjaga tutur kata dalam memberi komen terhadap bekas suaminya itu kerana secara tidak langsung ia boleh mencemarkan imej terhadap anak-anaknya.

Admin harap perkara ni cepat selesai dan tidak lagi berpanjangan.

Segala komen yang diberikan oleh netizen adalah melalui pendapat mereka sendiri dan admin  tidak bertanggungjawab terhadap komen tersebut.

 

Baca: “Da’i Farhan Sudah Ceraikan Isteri Pertama Yang Sedang Sarat Mengandung Guna ‘Voice Note’ WhatsApp” – Peguam

Feature Image Cerai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.